Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Friday 30 November 2012

MARJAN MERAH (MM 02) : Sold

100% asli untreated! Saiz besar dan padu.
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.
Info Berkaitan : KLIK

Thursday 29 November 2012

BATU BADAR BESI (TIGER IRON) : SOLD

Tiger iron @ Batu Badar Besi merupakan gabungan semulajadi antara 3 jenis batu iaitu Tiger-eye, Hematite & Jasper. Gabungan dan keserasian 3 jenis batu-batuan ini menjadikan ianya batu yang ampuh untuk dimiliki. 

Hasil kajian, antara manfaat batu badar besi ini adalah:
-Menguatkan tubuh badan & kekuatan fisik
-Perlindungan dari makhluk halus
-Penyembuhan
-Pemberi semangat
-Medium kebal darurat ?..Wallahu A`lam(nak kebal setakat mana sgt la, Nabi yg mulia pergi berperang pun patah gigi, inikan pula kita manusia biasa yg byk dosa)

Kesemua batu melekat kuat pada magnet.
Bentuk : Permata Cincin
RM150 sebiji
SMS/Call 017-9509589 untuk pembelian. 

*Info berkaitan : KLIK

CINCIN AKIK YAMAN PANCAWARNA : Sold

Bismillahirrahmanirrahim...Pembuka bicara jumaat yang mulia ini. Khas buat peminat blog permata murah sokmo. Cincin Akik Yaman Pancawarna 100% asli didatangkan khas dari bumi bertuah Yaman, bumi Para Anbia.

Satu kata, Indah!

Link Berkaitan : KLIK

Tuesday 27 November 2012

PERMATA MENARIK DISEMBER INI : MEGA SALE!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bulan disember bakal menyusul tidak lama lagi...Apa yang menarik dalam bulan ini? Sudah tentunya ulang tahun kelahiran pengasas..hehe..Jadi khas buat sahabat-sahabat permata murah sokmo, nantikan permata-permata eksklusif yang bakal pengasas masukkan ke dalam blog dengan harga yang amat-amat murah khas untuk membantu anda memiliknya. 

Antaranya:

- Lapis Lazuli
- Batu Badar Besi (Tiger Iron Eye)
- Yakuk/Delima Daging (Star Ruby)
- Moonstone
- Buntat Siput (Gomti Chakra)
- dan lain-lain lagi...
Semua permata cantik-cantik belaka dan sukar didapati. Jangan lupa simpan duit banyak-banyak kerana banyak permata yang akan pengasas masukkan nanti...Kesemua permata adalah 100% ASLI UNTREATED! Senang cerita kalau anda nak borong semua pun boleh nanti, pastu jual semula kat luar sana pun takde masalah..InshaAllah..apa-apapun tunggu..........

Sunday 25 November 2012

CINCIN KAYU KELOR@GEMUNGGAL : Sold


 Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum sudah mengetahui akan khasiatnya.

CINCIN HILANG?

Pernahkan anda kehilangan cincin? Terlupa di mana letak ataupun tak tahu ke mana perginya. Mengikut kata-kata orang lama, kemungkinan besar permata yang digunakan tidak serasi dengan pemiliknya..Wallahu A`lam. Ada juga kes di mana sahabat pengasas sendiri telah beberapa kali kehilangan cincin kesayangannya, namun dijumpai semula(hilang jumpa, hilang jumpa, hilang jumpa..ntah berapa kali) dan yang kelakarnya pada akhirnya cincin tersebut terus hilang. Mungkin juga kerana pemilik tidak betul-betul menjaga permata yang digunakan. Baik di sini pengasas ingin memberi sedikit petua yang mana anda semua mungkin telah sedia mengetahuinya. 

      Cara paling mudah menjaga batu permata cincin yang dipakai adalah dengan meletakkan(calitkan) minyak wangi pada batu permata tersebut, sekurang-kurangnya sekali seminggu(sebaiknya malam jumaat). Antara minyak yang paling bagus digunakan adalah minyak zafaran(bunga), jika tiada boleh juga gunakan apa-apa minyak wangi daripada tumbuh-tumbuhan(pati) dan elakkan daripada meletakkan minyak yang mengandungi alkohol. Ini kerana kandungan alkohol pada jangka masa panjang boleh menjejaskan cincin dan batu permata, terutamanya batu-batuan jenis lembut seperti batu fairuz dan marjan. Sambil calitkan minyak pada batu permata anda jangan lupa gosoklah ianya menggunakan ibu jari sambil berzikir memuji kebesaran Allah kerana batu-batuan juga merupakan makhluk Allah dan sentiasa berzikir memuji Allah.

    Antara kelebihan jika anda mengosok batu-batuan permata anda ini lama kelamaan akan menyebabkan ianya bertambah cantik, licin dan berkilat(terutamanya permata jenis kayu). Ada juga kes di mana batu cincin pemilik telah bertukar rupa bentuk seakan-akan terdapat imej padanya..jika demikian, anggaplah ianya "rezeki" masing-masing. Kalau belum cuba lagi mulai saat ini silalah cuba, mudah-mudahan dalam mengosoknya hati kita tidak putus berzikir mengingati Sang Pencipta. Wallahu A`lam. 

p/s: Kalau nak hilang ianya tetap akan hilang juga kan, semuanya sudah tersurat, jadi kumpul duit beli je yang baru..ehehe

Friday 23 November 2012

Variscite VS Fairuz (Turquoise)

Mungkin anda semua tertanya-tanya apa itu variscite? Tiba-tiba lawan dengan fairuz pula. Pengasas yakin anda semua sudah kenal dengan permata fairuz kan(nama mat salleh nya Turquoise) tetapi belum kenal permata variscite. Baiklah untuk pengetahuan, variscite merupakan permata yang rare(sukar didapati), iaitu sejenis mineral yang mempunyai kandungan aluminium phosphate (AlPO4·2H2O) di mana phosphate merupakan mineral yang sukar dijumpai. Jika anda lihat permata vasicite ini, sudah tentunya anda akan mengatakannya permata fairuz, namun jangan tertukar kerana permata ini hampir sama sahaja dengan permata fairuz namun berbeza apabila dilihat oleh mereka yang berpengetahuan mengenainya. Jika nak tahu lebih lanjut tentang permata ni boleh baca di sini : KLIK

Cuba lihat gambar di bawah ni..haa..teka yang mana satu fairuz dan yang mana satu variscite?
haa..tau pun susah nak teka kan..sebabnya hampir sama je. Yang pertama tu lah permata variscite, cantik kan jalinan uratnya? Yang bawah pula merupakan permata fairuz persia. Pengasas belum lagi cerita tentang permata fairuz ni sebab ramai juga yang telah tertipu beli fairuz "celup"(batu yang diwarnakan). Kadang-kadang pengasas tergelak juga bila tengok ada penjual yang jual batu fairuz macam-macam warna, ada ungu, emas, ada merah dan pelbagai lagi. Untuk makluman, batu fairuz asli semulajadi adalah warna biru awan"sky blue"(macam gambar di atas), biru kehijauan, hijau & putih sahaja. Fairuz warna putih sebenarnya adalah batu bernama Howlite, namun dek kerana coraknya yang menyamai batu fairuz menyebabkan ia dipanggil juga sebagai fairuz. Selain warna yang dinyatakan di atas adalah batu yang telah di warnakan(dyed). Memanglah batu warna-warni tu asli tapi dah dicelupkan warnanya. Tak hairanlah kalau anda beli dengan harga yang mahal sebab batu tu warna lain dari yang lain dan penjual pula kata batu ni "tarik" dari sana la, tarik dari sini la dan macam2 lagi sedangkan anda tak tahu yang sebenarnya batu tu telah diwarnakan..haha..Kalau yg dah terbeli tu tak apa lah nak buat macam mana kan, janganlah dibuang pula, simpan dan pakailah kerana ia tetap batu asli cuma bukan 100% natural lagi. Apapun pengasas tetap suka yang 100% asli tanpa diproses atau diwarnakan. bagi pengasas yang asli semulajadi tetap tinggi khasiatnya berbanding yang telah diproses(treated/heated). Kalau nak tengok contoh batu fairuz yang telah diwarnakan..ada kat bawah ni...
Cantik kan fairuz ni? Iyelah dah diwarnakan dengan ungu memanglah nampak lain. Namun batu yg telah diproses seperti ini akan menjadikan nilainya rendah(Gred batu biasa). Gred Fairus yg terbaik(Gred A) adalah bebas daripada dikenakan sebarang proses padanya(Untreated).
Kalau ada yang berminat dengan permata variscite boleh hubungi pengasas.

Sunday 18 November 2012

IRON TIGER EYE (BATU BADAR BESI)

Iron Tiger's Eye (Mugglestone) composed of 2 billion year old sedimentary deposits comprise of chet or even tiger's eye, red jasper and black or silver gray hematite,exhibits the metaphysical properties of its components as well as its own.  Tiger Iron is the perfect companion for those who tend to take on others feelings and emotions (whether consciously or unconsciously).  Readers and Healers should keep a piece of Tiger Iron close to remain grounded, balanced and centered during a session.

Tiger Iron is a powerful lower Chakra stone, promoting physical vitality, energy, and stamina.  Tiger Iron is a helpful aid to those who feel emotionally, mentally or physically exhausted and burned out.  Full of grounding Earth energy, Tiger Iron also helps to find courage and refuge in times of danger, and promotes a deeper connection to the Earth and her cycles.  Tiger Iron, like Golden Brown Tiger Eye, is helpful in manifesting ideas into reality and giving personal strength in times of change.

Tiger Iron is a great stone to use for creative solutions and ideas.  Many musicians, artists, actors, and writers find Tiger Iron to be a perfect ally in their pursuits, but it is also helpful for any in the working world to come up with new ways of dealing with old problems.

Saturday 17 November 2012

AKIK SULAIMAN : Telah berpindah milik


Tahukah anda Akik Sulaiman terbaik berasal dari bumi India? Inilah dia...Batu yang didatangkan terus dari India. Batu hitam berkilat dan terdapat jalur-jalur putih(rujuk gambar). Amat cantik dan unik. Bahagian jalur putih tembus cahaya.
Berat : 37.90Ct
Saiz : 26mm x 23mm x 7mm
Amat cantik dijadikan permata loket. Lihat dan nilai sendiri di mata tuan-tuan.

Thursday 15 November 2012

BATU SELUNDUK PUTIH GRED A(MST 02) - Rare! : Sold

Lihat dan nilai sendiri keindahannya.
Batu kategori "High Grade". Batu telus cahaya dan memancarkan pancaran kebiruan apabila "refleks" cahaya.

Origin : Sri Lanka
Nama Saintifik bagi permata ini ialah Moonstone.
Moonstone merupakan "birthstone" bagi mereka yang lahir bulan Jun

Wednesday 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRIAH


Bismillahirrahmanirrahim...

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk kita bernafas. Pejam celik pejam celik sampai kita pada tahun baru 1434 hijriah. Begitu pantas masa berlalu. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berazam dan berusaha untuk menjadi mukmin sejati, menjauhi segala yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan. Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, namun atas dasar itulah kita seharusnya berusaha sedaya upaya bagi mencari kesempurnaan itu semampu yang boleh. 

      Di kesempatan ini, jutaan terima kasih juga pengasas ucapkan kepada sahabat semua atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga pengasas terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dan berharap agar kalian kalian juga turut berdoa agar pengasas dapat mencari dan seterusnya memberikan barangan terbaik buat sahabat blog permata murah sokmo. Mudah-mudahan apa jua yang pengasas lakukan menjadi nilai tambah dalam amal yang berkekalan walaupun suatu hari nanti nama hanya tinggal nama, di mana jasad telah tiada. Salam Tahun Baru 1434H.

Tuesday 13 November 2012

CINCIN BATU AKIK YAMAN HITAM ASLI ISI MERAH - RARE! : Telah berpindah milik.



Hok ni pengasas pakai.

Keterangan:
-Cincin Buatan Tangan(Custom-Hand Made)
-Perak gred 1 + Titanium(Tebal, Keras & Tahan Lasak)
-Bertatahkan 16 biji permata Tanzanite asli dibahagian sisi
(sisi kiri 8 biji, sisi kanan 8 biji)

Sayang memang sayang...nak buat macam mana dah ada orang berkenan, jual ajela..semoga pemilik baru dapat menjaganya dengan baik. Banyak kenangan pengasas dengan cincin ini termasuklah ke Mekah.

CINCIN PERMATA MOLDAVITE - RARE! : Sold






Cincin ikat perak berlian swiss keliling. Berat permata 8.95Ct. Untuk dimaharkan pada harga terbaik. Moldavite merupakan permata istimewa kerana ianya bukan berasal dari planet bumi. Ia merupakan jenis Meteorite kategori tektite dan amat sukar didapati. Moldavite hanya terdapat di Czech Republic dan buat pengetahuan sahabat, permata ini pengasas datangkan secara terus dari bumi Czech Republic.
Untuk mengetahui akan khasiatnya, tanya sahaja pakcik "Google".SMS/Call 017-9509589 jika berminat.
Link berkaitan : KLIK

***Peringatan kepada sahabat semua, di pasaran terdapat juga permata Moldavite tiruan dari china yang dijual, maka berhati-hati apabila berurusan dengan penjual. Kaji dan selidiki dahulu keasliannya agar tidak terbeli yang tiruan. 

CINCIN PERMATA BESI KURSANI PUTIH GRED 1 : Sold


Monday 12 November 2012

CINCIN BATU AKIK YAMAN PANCAWARNA (CAY 01) - RARE! (YEMENI AGATE) : SOLD OUT

Mungkin ini pertama kali anda menatap batu Akik Yaman Pancawarna, kerana kebiasaannya Batu Akik Yaman hanya ada satu warna sahaja. Batu yang di paparkan ada 3 warna utama (Hitam+Merah+Oren). Sebelum ini mungkin anda pernah menatap batu Akik Bergambar, namun ianya batu Akik yang berasal dari tanah Indonesia. Inilah dia Batu Akik Yaman mempunyai corak gambar semulajadi(rujuk gambar) yang berasal dari bumi bertuah Yaman, yang digali di sebuah kawasan pergunungan di sana. Sepertimana yang telah pengasas maklumkan dalam tulisan yang lepas, banyak batu Akik yang dijual di pasaran kita sekarang bukan berasal dari Yaman tetapi di "claim" sebagai Akik Yaman. Cincin Batu Akik Yaman ini pengasas datangkan terus dari bumi Yaman. Cincin perak unik ini pula merupakan buatan tangan tukang mahir Yaman.

Authentic Yemeni Agate Multi Color Stone

Amat sukar untuk mendapat Batu Akik Yaman asli berkualiti tinggi di pasaran. Melihatnya juga dapat mengingatkan diri akan balasan jika lalai terhadap perintah Allah..Subhanallah!
Aura batu yang amat kuat, terasa ketenangan saat menyarungkannya di jari. Ambil barokah dari bumi Para Anbia Insyallah.
Bukti kiriman oleh sahabat dari Yaman.

*SOLD OUT

Saturday 10 November 2012

GENERAL INFORMATION ABOUT YEMENI AGATE YOU MUST KNOW

Agate (Aqeeq al-Yemeni), also known as onyx, is a metamorphosed and hardened version of quarts that has been renowned as a gemstone in south arabia since ancient times.Yemen may have been the first place where this stone was manufactured. Although found all over the world, agate from Yemen is most prized for it's fascinating range of forms and colors and the expertise with which it is cut. Pieces of cut and polished Yemeni agate are worn on rings by many arab men, and it's also commonly set in other jewelry and ornaments. In addition to the prized red variant, which ranges in hue from pomegranate to caramel.Yemeni agate also appears in every imaginable shade of white, yellow, orange, blue, gray, brown and black. It can be found in solid pieces of uniform color.Inclusions in pieces of agate often take other surprising shapes, as well : soaring birds, running horses, long-lashed women in veils and others shapes, such stones can fetch prices of US $100 or more. Truly astounding pieces have asking prices of as much as $10000, not an unrealistic figure as some of the biggest agate collectors come from Saudia Arabia, Emirates, Jordon, Oman and some western countries.

Veins of raw agate appear in many of the volcanic formations of Yemen's highlands, while beautiful banded agate is also found enclosed in quartz-filled geodes scattered on the slopes, it's minded from remote mountainsides in fist-sized chunks by prospectors using hammers. The best veins are closely guarded secrets, although there are many outcrops of agate to be found. The regions of Ans in Dhamar and Al-Sha'er in Ibb are particularly famous for the quality and color of their stone. After the raw agate is extracted, it's put in containers and heated for 15 min to weaken and expose any cracks or flaws. Every chunk of raw agate is carefully inspected before cutting, wetting each piece and looking at it through light, and most skilled agate cutters have usually spotted some particularly beautiful feature before chiseling and grinding the stone.

Some people believe pieces of agate have healing powers, but only a handful of old people still have the special knowledge to find out whether or not a stone possesses such powers. The rituals verge on magic, using a book with special diagrams in it to determine the properties of a stone. Many stories can be heard, ranging from miracle cures djinns to the agates with shapes that protect their wearer from the Evil Eye. But one thing is certain, whether in terms of those stones with shapes and colors that can only be seen when held up to the light, or those with rumored magical properties, there is more to Yemeni agate than meets the eye.!

PERMATA BESI KURSANI PUTIH GRED A (BKP 2) : SOLD OUT

Solid, Padu, Tebal dan Jitu. ..wah..dah macam slogan dah bunyi nyer. Permata Besi Kursani Putih akan menjadi salah satu bidang dalam kebitaraan pengasas selain daripada Akik Yaman Hitam dan beberapa permata "rare" yang lain. Haa..apa itu kebitaraan? Kalau kat sekolah, kebitaraan dirujuk sebagai bidang keutamaan atau keberhasilan bagi sesebuah sekolah. Bererti "produk-produk" yang dihasilkan oleh sekolah tersebut. Contoh sekolah A, kebitaraannya adalah Bola Sepak, jadi sekolah tu akan latih betul-betul murid-muridnya dalam permainan Bola Sepak dan menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti yang cemerlang diperingkat daerah, negeri mahupun negara. Nah, jelas tak tentang kebitaraan ni? Kalau tak tahu cari dan rujuk je kamus Dewan Bahasa & Pustaka, cari dan baca makna perkataan bitara/kebitaraan. Senang cerita, kalau nak beli Besi Kursani lepas ni hubungi je pengasas, Insyallah ada la barangnya. Eh, tetiba keluar perkataan sekolah pula, apa kaitan pengasas dengan sekolah? Ha..ha..tak tahu :-)
Besi Kursani Putih ini lekat magnet dengan kuat.
*SOLD OUT

Batu Akik Yaman Hitam (AYH 2) - Rare! : Sold

Batu cantik hitam pekat dan ada satu jalur melintang

Tembus cahaya.

Thursday 8 November 2012

CINCIN AKIK MERAH DARAH : TELAH BERPINDAH MILIK

Cincin permata akik merah darah asli(lepas ni perkataan ASLI pengasas dok mahu sebut doh, sebab semua permata yang dijual di dalam blog ni adalah asli! Pengasas sendiri pun dok suka permata tiruan, tapi apakan daya mula-mula kenal dunia perbatuan dahulu sering juga tertipu dengan penjual. Alhamdulillah, belajar daripada pengalaman dan pengalaman adalah guru terbaik. Cincin ikat berlian swiss keliling 21 butir.

CINCIN PERMATA NILAM BIRU : Sold


Cincin tempahan khas, bertatahkan 8 biji permata nilam biru asli (Blue Sapphire).
Permata nilam biru agak sukar didapati dan harganya yang tinggi di pasaran.

Tuesday 6 November 2012

Marjan Sebenar

Mungkin ramai di antara kita yang masih keliru dan belum mengetahui Marjan yang sebenar. Memang benar, Marjan itu sejenis Coral laut(karang laut) namun harus diingat, tidak semua coral(karang laut) itu Marjan. Masalah dalam pasaran, hampir 99% kebanyakkan Marjan yang dijual di pasaran sekarang merupakan Batu karang jenis murah, kategori karang laut biasa yang diwarnakan, bahkan ada yang sinstetik(buatan). Sedikit panduan untuk mengenal Marjan yang sebenar-benar dikatakan Marjan yang berharga ini:

1. Berwarna Merah (Merah/Merah ke Pink/Oren)
2. Nama saintifinya Corallium Rubrum
3. Hanya terdapat di laut  Mediterranean dan ianya amat bernilai.
4. Kekerasan hanya 3.5 Skala Moh.
5. Dibuat barangan kemas/perhiasan ekslusif terutama di Eropah dan harganya yang tinggi.
Pokok Marjan

Marjan yang telah dicanai ke bentuk permata

Soal Jawab
Apa itu Marjan?
Jawapan: Ia sejenis coral atau karang laut yang berwarna kemerah-merahan yang dijadikan barang hiasan perempuan. (Tafsir Ma'ani, Dr alHilali dan Dr Muhsin Khan, Darussalam Riyadh).

Marjan 2 kali disebutkan di dalam al-Quran iaitu Surah Ar-Rahmaan ayat 22 "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan" & ayat 58 "Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan". 
Insyallah banyak khasiat dan rahsianya yang tersembunyi. Apa sahaja yang Allah sebutkan di dalam al-Quran sudah pastinya ada khasiat serta fadhilat yang besar. Semoga dengan panduan ini anda semua mendapat maklumat yang bermanfaat.

More info : KLIK
*Marjan jenis berharga juga terdapat dalam pelbagai warna lain seperti putih, hitam, biru dan sebagainya. Ianya didapati di Lautan Mediteranean dan tergolong dalam jenis Corallium. Warna merah merupakan jenis yang paling popular di antara warna-warna yang ada.

SEKADAR TATAPAN "Cuci Mata"

Nama saintifiknya adalah Rosetee dan berasal dari bumi Afrika. Batu adalah 100% asli alami. Jika diperhatikan, terdapat jalur kristal pada atas dan tengah batu. Jika disuluh pada bahagian ini ianya telus cahaya.

Ni kalau orang-orang yg jual barang mistik dapat, mau ditaruk macam-macam nama geliga untuk batu ni..hehe...
Pengasas: No Komen :-)

Saturday 3 November 2012

METEORITE CAMPO DEL CIELO -Rare! : Sold

Perhatikan di tengah-tengah..nampak apa? Ianya asli semulajadi, bukan dibuat-buat!

14.1 gram. Saiz 25mm x 19mm x 13mm
Unik dan Misteri..bukan dari bumi, berusia jutaan lampau di angkasa sebelum jatuh ke bumi. Ia juga dikenali sebagai Iron Meteorite kerana kandungan iron yang tinggi di dalamnya.
SMS/Call 017-9509589
*Jika tiada yang nak pengasas akan simpan sebagai koleksi peribadi.