Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Tuesday 30 June 2015

ISTIMEWA : CINCIN PERMATA PERIDOT ASLI AIR KACA TOP GRADE KING SIZE! - RARE! : SOLD OUT

CINCIN PERMATA PERIDOT ASLI AIR KACA-KING SIZE!

Permata saiz besar(potongan batu jantan), jarang-jarang ada permata peridot saiz seperti ni. Diikat cincin perak asli(perak10) gred terbaik, 100% buatan tangan tukang terengganu. Cincin diikat bertatahkan 10 biji permata topaz putih asli kiri dan kanan. Design ini merupakan design ekslusif pengasas blog. Sesuai dijadikan koleksi berprofil tinggi. Dijual bawah harga pasaran untuk kualiti permata peridot terbaik seperti ini.

*SOLD OUT

ISTIMEWA : CINCIN PERMATA AQUAMARINE ASLI AIR KACA KING SIZE! (CAT'S EYE EFFECT!) : SOLD OUT

CINCIN PERMATA AQUAMARINE ASLI AIR KACA-KING SIZE!

Permata aquamarine adalah tergolong dalam jenis permata berharga(precious stone) sebagaimana zamrud dan delima. Permata ini sangat cantik terutama jika dilihat depan-depan kerana mempunyai pantulan cats eye apabila terkena cahaya. Permata bebas retak ataupun calar, hanya terdapat inclusion(habuk batu) dan urat semulajadi di dalam batu. Cincin diikat bertatahkan 10 biji permata topaz putih asli bahagian kiri dan kanan. Cincin adalah 100% buatan tangan tukang terengganu menggunakan perak asli gred terbaik(perak 10). Sesuai dijadikan koleksi berprofil tinggi. Cincin saiz 19, dan saiznya boleh dilaras mengikut kehendak pembeli. Dijual bawah harga pasaran untuk kualiti terbaik seperti ini.

*SOLD OUT

Monday 29 June 2015

Monday 15 June 2015

PERMATA AKIK BOTSWANA ASLI (LAM JALALAH)-RARE! : SOLD OUT

PERMATA AKIK BOTSWANA ASLI LAM JALALAH

Ukuran : 21 x 13 x 6 mm
Bentuk : Permata Cincin
Origin : Botswana, Southern Africa
Jarang-jarang didapati permata akik asli motif semulajadi Lam Jalalah seperti ini.
Layak dijadikan koleksi berprofil tinggi.

*SOLD OUT

CINCIN PERMATA METEORITE TEKTITE ASLI : SOLD OUT

PERMATA METEORITE ASLI JENIS TEKTITE

Permata meteorite tektite ini berwarna hitam pekat dan tembus cahaya apabila disuluh, 
diikat cincin perak asli, saiz cincin boleh laras. 
Dijual bawah harga pasaran
 
*SOLD OUT

PERMATA FOSIL MARJAN MERAH ASLI (UTAH REDHORN CORAL)- RARE! : SOLD OUT

MARJAN MERAH YANG TELAH PUPUS "UTAH REDHORN CORAL".. TELAH MENJADI FOSIL/AKIK...BERUSIA JUTAAN TAHUN!

Permata ini asalnya pengasas dapati berbentuk mentah(rough) dan ianya telah dicanai oleh tukang berpengalaman pengasas. Merupakan antara permata jenis sukar didapati pada masa kini memandangkan jenis coral ini telah lama pupus.Permata telus cahaya, sesuai dijadikan koleksi perbadi mahupun hadiah. 
Dijual bawah harga pasaran bagi kualiti terbaik seperti ini.
*SOLD OUT

CINCIN PERMATA PERIDOT ASLI AIR KACA! : SOLD OUT

 CINCIN PERMATA PERIDOT ASLI AIR KACA- Apple green!
Promosi sempena Ramadan al-Mubarak

*SOLD OUT

Tuesday 9 June 2015

CINCIN PERMATA BLACK OPAL ASLI : SOLD OUT

CINCIN PERMATA BLACK OPAL ASLI

Kini semakin sukar mendapatkan permata opal hitam asli atau Black Opal saiz seperti ini. Rata-rata di pasaran hanyalah bersaiz kecil sahaja. Untuk dijual, sebentuk cincin perak bertatahkan permata Black Opal asli dari Ethiopia. Permata diikat bertatahkan berlian swiss, dan bercorak bunga jawa tebuk. Permata ini amat cantik apabila terkena pantulan cahaya kerana ia akan memancarkan pelbagai warna pada batu.

Dijual bawah harga pasaran



*SOLD OUT

Friday 5 June 2015

ALHAMDULILLAH...MISI KE PUNCAK KINABALU TERCAPAI

Berikut merupakan gambar-gambar kenangan sekitar penjelajahan pengasas menakluki Gunung Kinabalu