Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday 16 April 2017

ZULTANITE...RARE GEMSTONE!

Zultanite pertama kali pengasas blog lihat terus dan jatuh hati. Mana taknya warnanya cukup memukau pandangan apabila disuluh dengan lampu/kena cahaya lampu dan ia merupakan permata terbaru yang paling menarik era kini kerana banyak faktor. Permata pertama dibentuk pada lewat 70an, zultanite merupakan permata yang sangat unik dan sukar didapati (very rare) kerana kecantikannya dan ia mampu untuk berubah warna(colour change) dari warna asal iaitu hijau-kuning/hijau kiwi/hijau limau/hijau olive kepada merah/merah pink. Untuk pengetahuan,Zultanite merupakan diaspore(mineral diaspore yang paling berkualiti) dan setakat ini zultanite asli paling berkualiti hanya boleh didapati di pergunungan Anatolia, Turki di atas ketinggian 1000 meter. Ia mula terkenal setelah dipertunjukkan di Tucson pada pameran batu permata.
KECANTIKAN DAN KILAUAN BATU PERMATA ZULTANITE YANG MEMUKAU


Berdasarkan keunikkan batu yang berubah warna, Zultanite dinamakan(diberi jenama) oleh pemilik sah deposit tempat galian batu asal ini iaitu lelaki bernama Murat Akgun sempena nama Sultan Ottoman yang agung sebagaimana nama permata Alexandrite juga dinamakan sempena nama pembesar Russia. Nama Zultanite ini adalah sebagai jenama baru(branding) bagi permata Diaspore yang paling berkualiti bagi strategi pemasaran. Jika dibandingkan antara permata Alexandrite dengan Zultanite, dari segi penghasilan semulajadi, Zultanite jauh lebih unik dan sukar didapati(rare). Ini kerana Zultanite hanya terdapat di sebuah negara berbanding Alexandrite yang boleh didapati di 7 buah negara. Berbeza dengan permata lain, Zultanite adalah 100% asli tanpa sebarang proses padanya(no treatment), tidak dipanaskan(no heat), tidak di radiasi(radiation), tidak dimasukkan kaca(fillers) atau lain-lain proses mencantikkannya. Kebanyakkan permata lain kelihatan cantik kerana proses yang dikenakan padanya termasuklah proses setelah ia dicanai dan dibentuk.
PERBANDINGAN ANTARA ALEXANDRITE(KIRI), DAN ZULTANITE(KANAN)

Zultanite adalah permata yang stabil pada skala kekerasan 6.5-7.0. Kecantikan asli Zultanite, juga kerana indeks reflektif yang tinggi 1.7(high refractive index 1.7) dan konsistensi dipotong cantik, sentiasa menjadikannya menakjubkan dan berbeza. Walau dalam cahaya yang malap, Zultanite tetap berkilau berdasarkan potongannya dan dalam cahaya yang lebih tinggi ia akan menunjukkan pancaran pelbagai warna-warni yang memukau pandangan. Semakin besar saiz permata, maka semakin mahal harganya bergantung kepada potongan batu, warna dan keupayaan permata tersebut bertukar warna. Permata bersaiz 3 carat ke atas dikira rare. Zultanite merupakan permata yang bertukar warna. Pada hari siang, permata ini biasanya kelihatan warna asal iaitu hijau-kuningl hijau kiwi ke hijau limau. Tetapi apabila bergerak ke kawasan kurang cahaya atau cahaya lilin, Zultanite akan berubah sedikit demi sedikit daripada champage ke cinamon, peach dan kadangkala cherry pink. Warna ini biasanya boleh dilihat menggunakan lampu suluh atau lampu fluorescent.

ZULTANITE BENTUK MENTAH(ROUGH) DAN SELEPAS DIBENTUK


Dari segi penjagaan, setiap permata berharga perlu dijaga sebaiknya dengan tidak memakainya ketika melakukan aktiviti lasak seperti bersukan, membasuh pakaian, berkebun, membasuh kereta dan lain-lain aktiviti kerana dikhuatiri ia akan tercalar atau pecah jika terhantuk. Untuk membersihkan permata, boleh guna air bersabun dan berus lembut. Simpan permata pada suhu bilik biasa dan elakkan memakainya pada suhu yang melampau(contohnya suhu sejuk ke panas secara tiba-tiba). InsyaAllah jika ada sahabat yang berminat dengan permata ini boleh menghubungi pengasas blog kerana pengasas blog ada pembekal yang boleh membekalkan permata ini terus dari Turki ke Malaysia, cuma sediakan wang yang besar kerana harga permata ini agak mahal.

FAQ : Q1.Apa perbezaan antara Zultanite dan Diaspore?
J : Kesimpulan, permata ini adalah sama dari segi mineral, yang berbeza hanya kualiti. Diaspore paling berkualiti sahaja dipanggil Zultanite kerana hanya didapati di Turki(origin Turkey), manakala diaspore dari negara lain, asal(origin) dari negara lain selain Turki tidak boleh dipanggil Zultanite.

Q2 : Adakah permata ini mahal?
J : Ya, harga permata ini mahal kerana pada awalnya ia dicanai dan dibentuk hanya untuk pengumpul batu sahaja(collector), namun kini ia diminati oleh pelbagai peringkat usia. 
 Selain itu keunikkan dan kecantikkannya yang menjadi buruan. Walau bagaimanapun, ada juga yang berharga mampu milik(jika diambil terus dari pembekal deposit batu di sana) tanpa melalui orang tengah.

Q3 : Dimanakah asal(origin) permata ini?
J : Pergunungan Anatolia, Turki

Q4 : Adakah permata ini dikenakan sebarang proses(treatment) untuk mencantikkannya?
J : Tidak. Permata ini adalah 100% asli tanla sebarang proses. Walau bagaimanapun pembeli harus berhati-hati kerana ada juga permata yang dijual di Turki adalah sintetik(batu yang diproses mirip zultanite) dan dijual dengan harga Zultanite.

Q5 : Jika dibuat sijil(cert), adakah akan keluar nama Zultanite?
J : Mungkin Ya & Mungkin Tidak. Kerana nama yang diberi oleh saintis adalah Diaspore. Zultanite nama baru yang diberi oleh pemilik asal deposit ini di Turki kerana hanya di sana sahaja terdapat mineral diaspore yang paling berkualiti. Selalunya gemologist akan guna nama diaspore.

Q6 : Jika tidak, kenapa diberi nama Zultanite?
J : Seperti yang dimaklum di atas(dalam artikel), nama Zultanite adalah jenama(branding) kepada permata diaspore yang paling berkualiti. Nama ini digunakan untuk strategi pemasaran.

Q7 : Jika saya berminat untuk memiliki permata ini, bagaimana caranya?
J : Hubungi pengasas blog 017-9509589(whatsapp), ikut budget dan citarasa potongan serta size batu permata yang anda inginkan, pengasas blog boleh usahakan insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.