Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday 9 April 2017

CINCIN PERMATA ROYAL BLUE SAPPHIRE CEYLON ASLI(NILAM BIRU CEYLON!) 100% ASLI TANPA SEBARANG TREATMENT! : SOLD OUT

WARNA BIRU PERMATA YANG CANTIK DAN MEMUKAU. PERMATA ADALAH 100% ASLI UNHEATED! SUKAR UNTUK MENDAPATKAN PERMATA NILAM BIRU TANPA SEBARANG PROSES PADANYA.
SIJIL KEASLIAN DARI AGL

PERMATA SEBELUM DIIKAT CINCIN. JIKA DILIHAT DARI DEKAT TERDAPAT URAT BATU SEMULAJADI DI DALAMNYA. BERAT PERMATA ADALAH 1 CARAT
CINCIN PERMATA NILAM BIRU CEYLON ASLI 1 CARAT 100% UNHEATED!

Jika anda seorang peminat permata nilan biru asli, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan cincin permata nilam biru ceylon(sri lanka) yang cantik ini. Permata nilam biru dari ceylon adalah permata terbaik dunia.Mengikut sejarah, permata nilam biru telah lama dipakai oleh pembesar-pembesar, terutamanya Raja. Antara pembacaan pengasas, antara Raja yang teragung memakai permata nilam biru adalah Raja Sulaiman(King Solomon) sebagai permata cincin. Semakin lama permata jenis ini semakin sukar didapati terutamanya permata yang tidak dikenakan sebarang proses padanya(unheated/untreated). Jadikan ianya pelaburan yang menguntungkan pada masa hadapan kerana harganya semakin tinggi. Permata nilam biru ini diikat cincin perak aloi asli 100% buatan tangan tukang kelantan. Sesuai untuk pertunangan/perkahwinan mahupun koleksi berprofil tinggi.
Dijual bawah harga pasaran

* SOLD OUT
*sijil keaslian diberikan bersama cincin ini


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.