Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday 31 March 2013

BATU AKIK PANCHAWARNA : SOLD OUT

Untuk dijual 3 biji batu akik panchawarna(pelbagai warna) dengan harga borong.
Batu ini merupakan antara yang terpilih diantara beratus batu yang dijual.
Kesemua di atas(3 biji) = RM 50.
*Kesemua batu telus cahaya.
BATU NIPIS
BATU TEBAL
BATU TEBAL

*SOLD OUT

Saturday 30 March 2013

ISTIMEWA : PERMATA ANUGERAH ALAM
LUARAN TAMPAK BIASA SAHAJA... TAPI...
DALAMNYA...SUBHANALLAH..INDAH CIPTAAN ALLAH.

PERKAITAN BATU DI ATAS DAN PENGAJARANNYA : 
1.HENDAKLAH BERBAIK SANGKA TERHADAP SESAMA MUSLIM
2.PAKAILAH CINCIN DENGAN NIAT MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SALALLAHU ALAHI WASALLAM. WASPADALAH DARIPADA SIFAT RIAK, UJUD DAN TAKABBUR.
3.JANGAN CEPAT MENILAI DAN MENGHUKUM SESEORANG, HANYA ALLAH YANG BERHAK MENILAI DAN MENGHUKUM MANUSIA. TUGAS KITA ADALAH BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKAN.

*Carilah yang tersirat daripada yang tersurat.

Wednesday 27 March 2013

CINCIN BATU FAIRUZ BIRU KEHIJAUAN ASLI BERKUALITI TINGGI : SOLD OUT




NATURAL BLUE-GREEN TURQUOISE 925 SILVER RING

Khas kepada peminat batu fairuz, jangan lepaskan peluang untuk memiliki cincin bertatahkan batu fairuz dari negara afghanistan berkualiti tinggi. Pada batu terdapat corak yg cantik(batu hidup) namun tak berapa nampak di dalam gambar, kena lihat secara langsung(live). Jangan terkejut jika pengasas katakan hampir 80% batu fairuz yg dijual di pasaran merupakan batu buatan(kebanyakkan mineral asli namun telah diolah dan ditambah). InshaAllah dalam paparan akan datang jika berkelapangan pengasas ceritakan berkenaan fairuz buatan tersebut. Batu fairuz banyak dipakai oleh para ulama dan salafussoleh, ia juga banyak diceritakan di dalam kitab-kitab lama. Setiap yg diciptakanNya ada khasiatnya yg tersendiri, sebagai hamba carilah yg tersirat disebalik tersurat.

Saiz cincin : 18 (boleh laras)
Saiz batu : Sebesar syiling 5 sen.
Dijual bawah harga pasaran.
**Harga sepasang batu ni di pasaran antarabangsa adalah $1006, kalau sebiji cuba kira.. 
$1006 x RM 3.00 / 2 = ?
*SOLD OUT
"PAKAIAN" TERBARU PENGASAS
KAYU BUKAN SEBARANG KAYU, KAYU "BERGEWANG"
MACAM KENAL AJE LOGO NI KAN..TAPI DI MANA YE..HEHE
PASAK 14 JENIS LOGAM
InshaAllah akan dipakai untuk:
-Masuk Hutan, 
-Riadah,
-Bertempur...dengan nyamuk dan sbgnya.

Tuesday 26 March 2013

CINCIN AKIK YAMAN HITAM CORAK - Rare! : Sold

SESUAI UNTUK MEREKA YANG SUKAKAN PERMATA JENIS BESAR, PERSIS PAHLAWAN.
CORAK SEMULAJADI PADA BATU UNIK & AMAT MENARIK
IKAT PERAK 925. DESIGN BUNGA JAWA TEBUK.
TELUS CAHAYA, ISI BATU HAWA KEMERAHAN.
Cincin perak 925 bertatahkan Batu Akik Yaman Hitam Bercorak asli semulajadi.
Cincin saiz 21(boleh laras)
Merupakan koleksi batu terpilih.
Untuk dijual pada harga istimewa.
RM 250
Siapa cepat dia dapat
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Monday 25 March 2013

CINCIN BATU FAIRUZ IRAN ASLI : Telah berpindah milik

BATU FAIRUZ ASLI BIRU KEHIJAUAN, UNIK DAN CANTIK

TERDAPAT SEBUTIR BESI KECIL MISTERI BERWARNA PERAK PADA BATU(SEBELAH KANAN),

SIAP SEDIA DI PASANG, HANYA MENANTI PEMILIKNYA SAHAJA.
NATURAL GENUINE IRANIAN TURQUOISE 925 SILVER RING
Batu Fairuz Iran + baloh cincin perak bertatahkan berlian swiss keliling = Cincin Batu Fairuz Iran.
Saiz cincin boleh laras.
Batu yang seringkali dicari oleh peminat batu fairuz.
Corak dan warna batu yang unik. (dikatakan boleh berubah jika lama kelamaan dipakai..Wallahu A`lam)
Dijual bawah harga pasaran.

*Telah berpindah milik

Saturday 23 March 2013

SEPASANG PERMATA FAIRUZ ASLI BERKUALITI TINGGI : SOLD OUT


100% NATURAL TURQUOISE..
SIJIL KEASLIAN PERMATA DARI CANADIAN GEMOLOGICAL & JEWELLERY LABARATORIES
PERFECT!
*SOLD OUT

Friday 22 March 2013

BATU JADE ASLI GRED A - Rare!

RARE NATURAL GRADE A JADEITE JADE SCARCE ROUGH MINERAL 270g


Jenis : 100% Natural Type A (Grade A) Jadeite Jade
 Origin : Burma

**BATU INI TELAH DICANAI KE BENTUK PERMATA CINCIN.

PERMATA MARJAN MERAH ASLI CORALLIUM RUBRUM - Rare! : SOLD OUT

GENUINE AUTHENTHIC NATURAL CABOCHON PRECIOUS RED CORAL 
(CORALLIUM RUBRUM)
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING
Permata Marjan Merah Asli jenis paling berharga (Corallium Rubrum)
Amat sukar didapati jenis ini. Permata 100% asli merah semulajadi.
Kebanyakkan yang dijual di pasaran marjan merah jenis biasa yang diwarnakan
Link Berkaitan :
PENGASAS BERADA DI TERENGGANU
Sempena cuti sekolah, balik kampung la apa lagi.
25 - 30 Mac 2013 (InshaAllah).
Jika ada yang ingin buat temujanji nak tengok batu, boleh hubungi pengasas pada tarikh di atas. Sambil tengok tu boleh layan kopi panas + kepok lekor..ke guane.

Wednesday 20 March 2013

LOKET AKIK CENDERAWASIH (LAC 1) - Rare! : Telah berpindah milik

CORAK DAN WARNA YANG MENARIK(MULTICOLOUR). SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING
BATU TELUS CAHAYA.
LOKET BATU PERMATA AKIK CENDERAWASIH
Loket ikat perak 925(bertanda) bertatahkan Batu Permata Akik Cenderawasih(Nama saintifiknya adalah Pietersite). Batu jenis ini amat popular kebelakangan ini dan amat dicari lantaran kesukaran mendapatkannya. Corak yang terdapat pada setiap jenis batu ini tidak sama antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Monday 18 March 2013

NATURAL RED JASPER CRYSTAL - Rare! : Telah berpindah milik.

Gambar di ambil tanpa flash
Gambar menggunakan flash. Kelihatan warnanya merah menyala.
Disuluh cahaya lampu
 Batu kristal jasper merah semulajadi jenis yang sukar didapati.
Campuran antara mineral kristal dan jasper.(lihat gambar)
Ukuran 4.8cm(panjang) x 3.3cm(lebar) (85 gram)
Bentuk telur ayam kampung
(dulu heboh pasal telur jadi batu, padahal batu diasah oleh si apek maka jadilah bentuk telur)

Thursday 14 March 2013

UNHEATED RED RUBY - Rare!

Walaupun potongan tak berapa lawa, tapi puas hati sebab barang ori.

100% Natural Red Ruby
Batu Delima Merah asli (cutting)
Kesemua batu telus cahaya.
4 biji di atas RM 200.
Bentuk : Permata Cincin / Loket
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Tuesday 12 March 2013

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

Huraian Hadith.
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Buat renungan kita bersama.
#Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sunday 10 March 2013

GELIGA LIPAN : TELAH BERPINDAH MILIK

Adakah ini yang dkatakan geliga lipan asli yang amat dicari-cari oleh mereka yang mengetahui akan khasiatnya? Wallahu A`lam.

BATU PERMATA TANZANITE ASLI 12CTS : Sold

WARNA MENARIK UNGU KEBIRUAN AIR KACA

DISULUH CAHAYA

SAIZ YANG IDEAL UNTUK CINCIN LELAKI

POTONGAN CABOCHON YANG SEMPURNA. BATU ASLI SEMULAJADI(NATURAL)

SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING..

RAMAI YANG KELIRU KERANA WARNANYA MENYAMAI SEPERTI NILAM BIRU ATAU BATU KYNITE.
NATURAL AUTHENTIC TANZANITE GEMSTONE

Batu Permata Tanzanite asli dari Tanzania.
Berat 12 cts
Ukuran batu 17mm x 12mm x 7mm
Potongan Cabochon
Batu yang amat cantik sebagai koleksi mahupun diikat cincin pertunangan/perkahwinan.
Batu Tanzanite mempunyai harga yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Tidak rugi membelinya, jadikan ianya pelaburan masa hadapan.
Dijual bawah harga pasaran.
RM 320
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Friday 8 March 2013

PRECIOUS CORAL (MARJAN MERAH) - FROM A TO Z


Sekarang ni macam-macam jenis marjan ada orang jual di luar sana. Siap ada yang bercahaya lagi, kat mana dapat tak tahu lah. Kalau sahabat semua ingin tahu bagaimana rupa bentuk marjan asli jenis yang paling berharga(Corallium Rubrum) ini didapati dan diproses bermula dari dalam laut, sila tonton video di atas. Inilah marjan yang sebenar-benar marjan jenis paling berharga. Yang lain-lain tu mungkin boleh tanya Makjan atau Pakjan.

Wednesday 6 March 2013

AKIK YAMAN ASLI (AY10) - Y FOR YAMAN : SOLD

Corak pada batu membentuk huruf Y
Y for YAMAN
Koleksi peribadi untuk dilepaskan.
Batu yang amat cantik, tebal, potongan songkok(buah jantan) dan mempunyai corak huruf "Y" di dalamnya.

Sunday 3 March 2013

BATU PERMATA ZABARJAD @ PERIDOT ASLI : Sold

10.45 cts Certified Delightful AAA Natural Untreated Pakistan Oval Cab Yellowish Green Peridot Gemstone 
Percuma sijil keaslian batu dari Tokyo Gem Labaratory, sebuah makmal terkemuka di Thailand.
Batu cantik air kaca. Saiz bandingkan dengan syiling.
Warna : Yellowish Green
Berat : 10.45 cts
Saiz : 11.31 x 17.84 x 5.99 mm
Luster : Excellent
Treatment : None/Untreated
Origin : Pakistan
(percuma sijil keaslian+pos laju)
Murah sokmo
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

*Permata ini semakin lama semakin tinggi nilainya. Tak rugi membelinya. 

BATU BUKIT - PHANTOM QUARTZ GRED AAA (PQ4) : SOLD

Batu mempunyai kejernihan yang tinggi

Berat 21.42 cts. Terdapat objek seperti karang dibahagian bawah batu

Saiz bandingkan dengan syiling
Batu gred AAA ini berasal dari negara Burma, bukan China. Banyak phantom quartz yg dijual dipasaran merupakan batu yg berasal dari negara China dan ada diantaranya merupakan batu buatan(manmade). Ini merupakan batu phantom quartz asli kualiti tinggi dengan objek seperti karang berwarna coklat kemerahan dibahagian bawah batu dan dapat dilihat jelas dari atasnya. Berhati-hati membeli quartz di pasaran. Cantik untuk dijadikan permata cincin, sebagai koleksi mahupun hadiah. Batu ini bersifat penyejuk dan boleh dirasai apabila memegangnya. Dijual di bawah harga pasaran.
*Sold Out

BATU HAKIKAT/BATU BUKIT - PHANTOM QUARTZ GRED AAA (PQ3)

31.42 cts. Batu mempunyai kejernihan yang tinggi

Saiz bandingkan dengan syiling

Mempunyai objek seperti lumut di dalamnya.
Batu gred AAA ini berasal dari negara Burma, bukan China. Banyak phantom quartz yg dijual dipasaran merupakan batu yg berasal dari negara China dan ada diantaranya merupakan batu buatan(manmade). Ini merupakan batu phantom quartz asli kualiti tinggi dengan objek seperti lumut di dalamnya. Berhati-hati membeli quartz di pasaran. Cantik untuk dijadikan permata cincin, sebagai koleksi mahupun hadiah. Batu ini bersifat penyejuk dan boleh dirasai apabila memegangnya. Dijual di bawah harga pasaran.
RM 110
SMS/Call 017-9509589 jika berminat