Mungkin ramai di antara kita yang masih keliru dan belum mengetahui Marjan yang sebenar. Memang benar, Marjan itu sejenis Coral laut(karang laut) namun harus diingat, tidak semua coral(karang laut) itu Marjan. Masalah dalam pasaran, hampir 99% kebanyakkan Marjan yang dijual di pasaran sekarang merupakan Batu karang jenis murah, kategori karang laut biasa yang diwarnakan, bahkan ada yang sinstetik(buatan). Sedikit panduan untuk mengenal Marjan yang sebenar-benar dikatakan Marjan yang berharga ini:
2. Nama saintifinya Corallium Rubrum
3. Hanya terdapat di laut Mediterranean dan ianya amat bernilai.
4. Kekerasan hanya 3.5 Skala Moh.
5. Dibuat barangan kemas/perhiasan ekslusif terutama di Eropah dan harganya yang tinggi.
Pokok Marjan |
Marjan yang telah dicanai ke bentuk permata |
Soal Jawab:
Apa itu Marjan?
Jawapan: Ia sejenis coral atau karang laut yang berwarna kemerah-merahan yang
dijadikan barang hiasan perempuan. (Tafsir Ma'ani, Dr alHilali dan Dr
Muhsin Khan, Darussalam Riyadh).
Marjan 2 kali
disebutkan di dalam al-Quran iaitu Surah Ar-Rahmaan ayat 22 "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan" & ayat
58 "Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan".
Insyallah banyak khasiat dan rahsianya yang tersembunyi. Apa sahaja yang Allah sebutkan di dalam al-Quran sudah pastinya ada khasiat serta fadhilat yang besar. Semoga dengan panduan ini anda semua mendapat maklumat yang bermanfaat.
More info : KLIK
*Marjan jenis berharga juga terdapat dalam pelbagai warna lain seperti putih, hitam, biru dan sebagainya. Ianya didapati di Lautan Mediteranean dan tergolong dalam jenis Corallium. Warna merah merupakan jenis yang paling popular di antara warna-warna yang ada.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.