Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Saturday 10 November 2012

PERMATA BESI KURSANI PUTIH GRED A (BKP 2) : SOLD OUT

Solid, Padu, Tebal dan Jitu. ..wah..dah macam slogan dah bunyi nyer. Permata Besi Kursani Putih akan menjadi salah satu bidang dalam kebitaraan pengasas selain daripada Akik Yaman Hitam dan beberapa permata "rare" yang lain. Haa..apa itu kebitaraan? Kalau kat sekolah, kebitaraan dirujuk sebagai bidang keutamaan atau keberhasilan bagi sesebuah sekolah. Bererti "produk-produk" yang dihasilkan oleh sekolah tersebut. Contoh sekolah A, kebitaraannya adalah Bola Sepak, jadi sekolah tu akan latih betul-betul murid-muridnya dalam permainan Bola Sepak dan menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti yang cemerlang diperingkat daerah, negeri mahupun negara. Nah, jelas tak tentang kebitaraan ni? Kalau tak tahu cari dan rujuk je kamus Dewan Bahasa & Pustaka, cari dan baca makna perkataan bitara/kebitaraan. Senang cerita, kalau nak beli Besi Kursani lepas ni hubungi je pengasas, Insyallah ada la barangnya. Eh, tetiba keluar perkataan sekolah pula, apa kaitan pengasas dengan sekolah? Ha..ha..tak tahu :-)
Besi Kursani Putih ini lekat magnet dengan kuat.
*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.