Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Tuesday 27 November 2012

PERMATA MENARIK DISEMBER INI : MEGA SALE!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bulan disember bakal menyusul tidak lama lagi...Apa yang menarik dalam bulan ini? Sudah tentunya ulang tahun kelahiran pengasas..hehe..Jadi khas buat sahabat-sahabat permata murah sokmo, nantikan permata-permata eksklusif yang bakal pengasas masukkan ke dalam blog dengan harga yang amat-amat murah khas untuk membantu anda memiliknya. 

Antaranya:

- Lapis Lazuli
- Batu Badar Besi (Tiger Iron Eye)
- Yakuk/Delima Daging (Star Ruby)
- Moonstone
- Buntat Siput (Gomti Chakra)
- dan lain-lain lagi...
Semua permata cantik-cantik belaka dan sukar didapati. Jangan lupa simpan duit banyak-banyak kerana banyak permata yang akan pengasas masukkan nanti...Kesemua permata adalah 100% ASLI UNTREATED! Senang cerita kalau anda nak borong semua pun boleh nanti, pastu jual semula kat luar sana pun takde masalah..InshaAllah..apa-apapun tunggu..........

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.