Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Friday, 23 November 2012

Variscite VS Fairuz (Turquoise)

Mungkin anda semua tertanya-tanya apa itu variscite? Tiba-tiba lawan dengan fairuz pula. Pengasas yakin anda semua sudah kenal dengan permata fairuz kan(nama mat salleh nya Turquoise) tetapi belum kenal permata variscite. Baiklah untuk pengetahuan, variscite merupakan permata yang rare(sukar didapati), iaitu sejenis mineral yang mempunyai kandungan aluminium phosphate (AlPO4·2H2O) di mana phosphate merupakan mineral yang sukar dijumpai. Jika anda lihat permata vasicite ini, sudah tentunya anda akan mengatakannya permata fairuz, namun jangan tertukar kerana permata ini hampir sama sahaja dengan permata fairuz namun berbeza apabila dilihat oleh mereka yang berpengetahuan mengenainya. Jika nak tahu lebih lanjut tentang permata ni boleh baca di sini : KLIK

Cuba lihat gambar di bawah ni..haa..teka yang mana satu fairuz dan yang mana satu variscite?
haa..tau pun susah nak teka kan..sebabnya hampir sama je. Yang pertama tu lah permata variscite, cantik kan jalinan uratnya? Yang bawah pula merupakan permata fairuz persia. Pengasas belum lagi cerita tentang permata fairuz ni sebab ramai juga yang telah tertipu beli fairuz "celup"(batu yang diwarnakan). Kadang-kadang pengasas tergelak juga bila tengok ada penjual yang jual batu fairuz macam-macam warna, ada ungu, emas, ada merah dan pelbagai lagi. Untuk makluman, batu fairuz asli semulajadi adalah warna biru awan"sky blue"(macam gambar di atas), biru kehijauan, hijau & putih sahaja. Fairuz warna putih sebenarnya adalah batu bernama Howlite, namun dek kerana coraknya yang menyamai batu fairuz menyebabkan ia dipanggil juga sebagai fairuz. Selain warna yang dinyatakan di atas adalah batu yang telah di warnakan(dyed). Memanglah batu warna-warni tu asli tapi dah dicelupkan warnanya. Tak hairanlah kalau anda beli dengan harga yang mahal sebab batu tu warna lain dari yang lain dan penjual pula kata batu ni "tarik" dari sana la, tarik dari sini la dan macam2 lagi sedangkan anda tak tahu yang sebenarnya batu tu telah diwarnakan..haha..Kalau yg dah terbeli tu tak apa lah nak buat macam mana kan, janganlah dibuang pula, simpan dan pakailah kerana ia tetap batu asli cuma bukan 100% natural lagi. Apapun pengasas tetap suka yang 100% asli tanpa diproses atau diwarnakan. bagi pengasas yang asli semulajadi tetap tinggi khasiatnya berbanding yang telah diproses(treated/heated). Kalau nak tengok contoh batu fairuz yang telah diwarnakan..ada kat bawah ni...
Cantik kan fairuz ni? Iyelah dah diwarnakan dengan ungu memanglah nampak lain. Namun batu yg telah diproses seperti ini akan menjadikan nilainya rendah(Gred batu biasa). Gred Fairus yg terbaik(Gred A) adalah bebas daripada dikenakan sebarang proses padanya(Untreated).
Kalau ada yang berminat dengan permata variscite boleh hubungi pengasas.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.