Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday, 25 November 2012

CINCIN HILANG?

Pernahkan anda kehilangan cincin? Terlupa di mana letak ataupun tak tahu ke mana perginya. Mengikut kata-kata orang lama, kemungkinan besar permata yang digunakan tidak serasi dengan pemiliknya..Wallahu A`lam. Ada juga kes di mana sahabat pengasas sendiri telah beberapa kali kehilangan cincin kesayangannya, namun dijumpai semula(hilang jumpa, hilang jumpa, hilang jumpa..ntah berapa kali) dan yang kelakarnya pada akhirnya cincin tersebut terus hilang. Mungkin juga kerana pemilik tidak betul-betul menjaga permata yang digunakan. Baik di sini pengasas ingin memberi sedikit petua yang mana anda semua mungkin telah sedia mengetahuinya. 

      Cara paling mudah menjaga batu permata cincin yang dipakai adalah dengan meletakkan(calitkan) minyak wangi pada batu permata tersebut, sekurang-kurangnya sekali seminggu(sebaiknya malam jumaat). Antara minyak yang paling bagus digunakan adalah minyak zafaran(bunga), jika tiada boleh juga gunakan apa-apa minyak wangi daripada tumbuh-tumbuhan(pati) dan elakkan daripada meletakkan minyak yang mengandungi alkohol. Ini kerana kandungan alkohol pada jangka masa panjang boleh menjejaskan cincin dan batu permata, terutamanya batu-batuan jenis lembut seperti batu fairuz dan marjan. Sambil calitkan minyak pada batu permata anda jangan lupa gosoklah ianya menggunakan ibu jari sambil berzikir memuji kebesaran Allah kerana batu-batuan juga merupakan makhluk Allah dan sentiasa berzikir memuji Allah.

    Antara kelebihan jika anda mengosok batu-batuan permata anda ini lama kelamaan akan menyebabkan ianya bertambah cantik, licin dan berkilat(terutamanya permata jenis kayu). Ada juga kes di mana batu cincin pemilik telah bertukar rupa bentuk seakan-akan terdapat imej padanya..jika demikian, anggaplah ianya "rezeki" masing-masing. Kalau belum cuba lagi mulai saat ini silalah cuba, mudah-mudahan dalam mengosoknya hati kita tidak putus berzikir mengingati Sang Pencipta. Wallahu A`lam. 

p/s: Kalau nak hilang ianya tetap akan hilang juga kan, semuanya sudah tersurat, jadi kumpul duit beli je yang baru..ehehe

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.