Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRIAH


Bismillahirrahmanirrahim...

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk kita bernafas. Pejam celik pejam celik sampai kita pada tahun baru 1434 hijriah. Begitu pantas masa berlalu. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berazam dan berusaha untuk menjadi mukmin sejati, menjauhi segala yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan. Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, namun atas dasar itulah kita seharusnya berusaha sedaya upaya bagi mencari kesempurnaan itu semampu yang boleh. 

      Di kesempatan ini, jutaan terima kasih juga pengasas ucapkan kepada sahabat semua atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga pengasas terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dan berharap agar kalian kalian juga turut berdoa agar pengasas dapat mencari dan seterusnya memberikan barangan terbaik buat sahabat blog permata murah sokmo. Mudah-mudahan apa jua yang pengasas lakukan menjadi nilai tambah dalam amal yang berkekalan walaupun suatu hari nanti nama hanya tinggal nama, di mana jasad telah tiada. Salam Tahun Baru 1434H.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.