Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday, 23 January 2013

FAIRUZ PUTIH - Rare! : SOLD OUT

Nama Saintifiknya Howlite
Kebiasaan, batu fairuz berwarna biru dan hijau, tapi kali ini pengasas bawakan permata fairuz berwarna putih. Amat jarang ditemui batu fairuz seperti ini.
Gambar dengan flash

Gambar tanpa flash
Batu ini telah diuji dan ianya 100% semulajadi alami tanpa sebarang proses mahupun suntikan warna. Batu digilap cantik berkilat seolah-olah anda melihat urat batu berwarna hitam pada permukaan batu itu seperti dicat, walhal ianya merupakan urat batu semulajadi seperti di dalamnya. Rujuk gambar di bawah.

Urat di dalam batu sama seperti yang terdapat pada permukaan batu.

Jika batu tiruan, tidak akan terdapat urat di dalam batu sebagaimana yang terdapat di luar batu.
Nak uji kenalah korbankan sebiji, tak apa lah asalkan anda semua berpuas hati dapat barang asli, bukan tiruan. Lagipun nak pecahkan ia taklah susah sangat sebab batu fairuz mempunyai kekerasan yang rendah berbanding batu lain. Jadikan ia koleksi anda.
*SOLD OUT

*Semakin lama disimpan, corak pada batu akan semakin banyak.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.