Bismillahirrahmanirrahim...
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1434H (24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal) kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana jua anda berada. Sabda Rasulullah Salallahu Alahi Wasallam: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik). Marilah sama-sama kita jadikan Rasulullah contoh ikutan dan tauladan terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kehidupan ini.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: "Barang siapa mentaati Rasul(Muhammad), maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barang siapa berpaling(dari ketaatan itu), maka(ketahuilah) Kami tidak mengutusmu(Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka". -Surah An-Nisa ayat 80.
Perbanyakkan salam dan selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, semoga di akhirat kelak kita beroleh syafaat Baginda. Hayatilah segala sirah dan pengorbanan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dalam menyampaikan amanah Allah. Semoga kita beroleh kecemerlangan dunia & akhirat..InshaAllah.
"Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela".
"Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela".
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.