Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday 7 October 2012

Preview : Marjan Biru Asli (Very Very Rare)

Marjan Biru(Blue Coral) merupakan kategori marjan yang amat-amat sukar didapati, sebagaimana Marjan Merah(nama saintifiknya Coralliun Rubrum) dan Marjan Hitam(Black Coral). Ianya merupakan sejenis permata organik(hidupan dasar laut). Kebanyakkan marjan ini ada bentuknya yang tersendiri. Ia mempunyai bulatan bercorak yang mengelilinginya dan terdapat bentuk hati pada bahagian tertentu. Oleh kerana tekstur dan lusternya yang teramat cantik, ianya menjadi pilihan untuk dibuat barangan kemas. Tumbesarannya amat perlahan, iaitu kira-kira 30-40mm dalam masa 20 tahun. Untuk 1 kg marjan biru, ianya mengambil masa selama 300 tahun! Oleh sebab itulah ianya termasuk dalam salah satu permata yang paling sukar didapati(One of the rarest gemstones). Marjan Biru ini pada mulanya dijumpai di selat Taiwan dan kepulauan Jepun. Ia juga terdapat di barat selat Africa, namun kini ianya telah berkurangan.


Jangan lepaskan peluang untuk memiliki salah satu daripada jenis permata yang paling sukar didapati ini yang sudah pasti mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

Antara khasiat yang dikaitkan dengan Marjan:
1.Penolak sihir dan guna guna.
2.Pendinding anak anak dari macam macam penyakit.
3.Pelindung dari niat jahat..(habitat marjan di dasar laut menjadi pelindung bagi haiwan-haiwan kecil dari pemangsa)
..dan pelbagai lagi khasianya yang tersembunyi..Wallahu A`lam.
Semuanya berlaku dengan izin Allah jua....

p/s: Pengasas hanya menjual permata, bukan menjual khasiat, segala khasiat milik Allah jua...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.