Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday, 20 February 2013

TASBIH KAYU STIGI/SETIGI ASLI : SOLD OUT



Tasbih buatan tangan(handmade) kualiti eksport yang diperbuat daripada kayu Setigi asli, didatangkan khas dari negara Indonesia melalui seorang sahabat. Ukuran biji 8mm dan mengandungi 99 biji tasbih. Kayu Setigi ini amat popular di Indonesia sebagaimana kayu kelor/gemunggal yang popular di Malaysia. Kayu ini tergolong langka dan hanya dapat ditemui di pulau-pulau kecil seperti kepulauan Karimunjawa, Jepara. Kayu setigi memiliki karakter hampir sama dengan kayu Naga Sari. Di tangan orang berahlak baik, kayu ini dapat menjadi “generator” bagi kekuatan spiritualnya, namun energi kayu Setigi menjadi kecil jika dipegang orang yang buruk prilakunya. 

   Kayu setigi pada umumnya tumbuh pada tanah yang tidak subur dan berbatu. Dan kerana dihimpit benda keras menyebabkan teksturnya tidak merata (belang). Setigi yang berasal dari Madura warnanya hitam kemerah-merahan. Melalui pembacaan pengasas berkenaan kayu Setigi ini, pelbagai khasiat dikaitkan dengannya. Apapun segala khasiat itu terserah kepada Allah. Niatkan sahaja hati menggunakan tasbih untuk berzikir memuji hanya kepadaNya..Semoga hati kita sentiasa hidup mengingati Yang Maha Esa. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.