Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Monday 18 February 2013

RAW BATU LAPIS LAZULI AFGHANISTAN GRED A : SOLD OUT

Untuk dijual. 
Batu lapis lazuli dari negara afghanistan merupakan batu kategori terbaik dunia dalam kelasnya. Ia kelihatan cantik dan sempurna apabila telah dicanai ke dalam bentuk permata dan digilap. Tompokan emas yang terdapat padanya menaikkan lagi seri batu ini. Batu adalah 100% natural semulajadi tanpa sebarang treatment/pemanasan. Sedia menerima tempahan untuk canai dalam bentuk permata, nyatakan sahaja saiz yang diingini dan pengasas akan menghantarnya kepada tukang untuk dicanai. Harga mengikut saiz permata. Jika ada yang ingin terus membeli batu ini dalam bentuk raw(mentah) juga dialukan.
*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.