Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Thursday, 27 December 2012

RARE AUTHENTIC YEMENI AGATE BLOODY RED!

Cincin tempahan sahabat telah selamat mendarat di bumi Malaysia..Alhamdulillah..
Cincin perak buatan tangan tukang di Yaman.

Penuh nilai estetika

Gambar di ambil dengan flash.

Warna sama seperti di dalam gambar (masa order dari Yaman)

Isi batu yang mantop!

Manis!

Nampak gagah apabila disarung di jari.

Gambar tanpa flash. Kelihatan warna sebenar batu.

"Yea..yea..cincin dah sampai!" Mungkin itulah teriak hati kecil sahabat yang menempah cincin ni sejak beberapa minggu lalu..hehe..(maaf ye tuan gurau2 je). Cincin kedua yang pengasas bawakan terus dari bumi bertuah Yaman. Cincin yang telah ditempah oleh seorang sahabat. Apa yang ingin diceritakan ia sedikit unik kerana, apabila dilihat secara terus(langsung) dengan mata kasar, ia berwarna karamel terang(seperti gambar di atas), namun apabila gambar diambil menggunakan kamera flash, warnanya merah darah. Patutlah penjual sana melabelkannya sebagai "Rare Bloody Red", rupa-rupanya jenis ini amat-amat jarang dijumpai. Namun semua itu tidak mustahil kerana kuasa Allah melebihi segalanya. Isi batu pula amat cantik jika dilihat terus apabila disuluh cahaya. Berbaloi memiliki sebentuk cincin Akik Yaman walau terpaksa menunggu beberapa minggu, kerana kita tahu ianya asli terus dari bumi bertuah Yaman!

P/s: Ke ada "khodam" yang melompat masuk ke dalam batu tu masa penghantaran?haa...haa..tak tahu...hehe..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.