Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday, 16 December 2012

AKIK MERAH API NAMIBIAN - RARE! : SOLD OUT

Rasanya, belum ada lagi penjual di Malaysia yang menjual permata jenis ini. Batu ini hanya terdapat di Namibian(Republic of Namibian), Southern Africa dan ianya amat berharga di pasaran luar serta sukar didapati. Jadilah orang permata yang memilikinya.
Batu yang amat cantik. Saiz bandingkan dengan syiling.
Tembus cahaya dengan jalur dan urat batu jelas kelihatan, memberi nilai tambah pada batu ini
Natural Namibian Red Fire Agate
Batu akik merah api namibian unik kerana setiap potongan batu tidak akan sama antara satu sama lain kerana corak dan jalur yang terdapat padanya. Ibarat, setiap batu mempunyai identiti yang tersendiri.
Layak anda miliki sebagai koleksi peribadi atau hadiah kepada yg tersayang.
Bentuk : Cabochon(Permata Cincin&Loket)

*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.