Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Monday, 24 December 2012

CELOTEH MALAM HARI

Ada pelanggan yang bertanya berkenaan khasiat batu itu, batu ini, mana yang pengasas tahu pengasas bagitahu(berdasarkan kajian, bertanya kepada mereka yang lebih arif serta melalui pembacaan berkenaan proses kejadian dan bahan-bahan yang terbentuk di dalamnya). Ada juga yang pengasas tidak tahu, iyelah pengasas juga manusia biasa, bukan tahu semua benda dalam dunia ni, dan pengasas membiarkan anda sendiri mencarinya, kan itu lebih baik daripada percaya bulat-bulat cakap orang lain kan. Ada orang beli batu permata atas pelbagai sebab, dan boleh dikatakan ramai yang membelinya kerana terlalu percaya dengan pelbagai dakwaan yang mereka baca tentang khasiat batu-batu tersebut, "tepuk dada tanya iman."

Hari ini sahabat semua tanya diri, adakah membeli batu permata atau barang itu kerana terlalu taksub dengan khasiatnya? atau kerana ianya cantik? atau kerana nak menunjuk-nunjuk kepada makwe/pakwe/tokwan/ jiran sebelah rumah? atau sebaliknya? Setiap orang sudah pastinya mempunyai alasan yang tersendiri. Pengasas sendiri menjadikan ianya hobi pada mulanya, dan ternyata hobi ini bermanfaat daripada melakukan perkara sia-sia yang lain. Bila dah banyak koleksi, bolehlah jadi peniaga pula kan, tidakkah perniagaan itu merupakan satu Sunnah?

Untuk pengetahuan semua, setiap batu atau kayu serta apa jua benda yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini ada khasiat dan kegunaan yang tersendiri. Tidak ada satu pun yang sia-sia. Jika anda semua lihat, kebanyakkan permata yang di jual di dalam blog pengasas ini tidak banyak disertakan dengan khasiatnya, KENAPA? Ini kerana, pengasas tidak ingin anda semua TERLALU TAKSUB kepada khasiat-khasiat yang dinyatakan. Apa yang dinyatakan sebenarnya bukanlah 100% betul dan tepat pun, kerana ianya terlalu SUBJEKTIF. Hanya mereka yang telah menggunakannya serta merasainya sendiri lebih tahu dan arif akan khasiat sesuatu permata itu. Ibarat seseorang yang mempunyai pengalaman meminum air kopi, sudah tentu dia lebih arif tentang rasa kopi berbanding dengan mereka yang belum pernah merasainya bukan? Dalam banyak-banyak permata pula, ada yang serasi dengan pemakai dan ada juga yang tidak. Tidak serasi mungkin boleh diibaratkan seperti sifat manusia antara manusia yg  lain tidak sama, begitu juga permata. Biasanya, jika tidak serasi permata tersebut mudah hilang ataupun si pemakai tidak merasai sebarang perubahan dalam diri selepas memakainya. Jadi carilah permata lain yang lebih sesuai.

Pengasas lihat, terdapat banyak blog-blog lain memaparkan khasiat sesuatu produk yang dijual mereka SECARA BERLEBIHAN, seolah-olah mereka menjual khasiat bukan menjual produk(batu-batuan tersebut) antaranya boleh jadi kebal la, boleh jadi kaya-raya la, boleh buat orang jatuh cinta la dan pelbagai lagi yang sesetengahnya tidak boleh diterima akal. Kalau boleh jadi kaya-raya, kenapa tidak mereka je yg guna batu tu, kenapa perlu dijual pula? Persoalannya, adakah mereka yang mencipta khasiat-khasiat tersebut? Seterusnya, adakah benar apa yang mereka nyatakan atau dakwakan itu? Jika tidak betul, bagaimana? Tidakkah itu dikira sebagai satu pembohongan? Itu juga salah satu sebab yang membuatkan pengasas amat berhati-hati apabila menulis tentang khasiat sesuatu batu atau barangan itu.

 Ingatlah, segala khasiat, dan kekuasaan itu milik Allah. Selagi kita yakin dan percaya kepada kekuasaan Allah, InshaAllah apa jua yang dilakukan menjadi. Pakailah batu-batuan dan cincin kerana NIAT mengikut Sunnah Rasulullah Salallahualaihi Wasallam selain sebagai perhiasan diri. Batu-batuan atau kayu hanyalah sebagai medium sahaja, ibaratnya sebagaimana kita menggunakan payung ketika hujan, jika tidak guna payung, maka akan basahlah diri kita. Paling penting dan utama sebagai seorang yg mengaku Islam, jagalah akidah supaya tidak tergelincir dari landasan iman. Syaitan itu amat licik, dan boleh menjadi lebih licik jika kita tidak berhati-hati dan lalai dalam menjalankan kewajipan kepada Allah.

Yang paling lucu ada beberapa pelanggan yang tanya, "kenapa jual murah sangat? Kat blog-blog lain dorang jual mahal? barang yang tuan jual ni tak asli ke?" Hehe..pengasas waktu tu gelak dalam hati je. Orang bagi murah, dia nak beli mahal pula..ish..ish Untuk pengetahuan semua, pengasas memperolehi permata terus daripada sumbernya, maksudnya tidak melalui orang tengah. Jadi dapatlah harga murah sikit berbanding jika membeli daripada pihak ke-2 @ pihak ke-3. Selain itu, pengasas tidak perlu membayar harga sewa kedai, upah pekerja, bil-bil itu dan ini sebab berniaga online sahaja, berbanding pekedai yg terpaksa mengeluarkan kos yg lebih bg perkara yg telah dinyatakan di atas. Sebab itulah pengasas boleh jual permata di sini dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. Nama blog pun permata murah sokmo, kat atas tu terang-terang dah tulis "MEMBANTU ANDA MEMILIKI PERMATA ASLI MAMPU MILIK, CANTIK DAN BERKHASIAT", jadi usahlah anda semua ragu-ragu kerana setiap permata yang pengasas jual di sini adalah permata ASLI, (yg tak jual orang asli je). Ini kerana, pengasas memperolehi permata daripada sumber-sumber yg dipercayai(sumber yg ada rekod penjualan di serata dunia), jika dorang kata asli maka pengasas berpegang pada kata-kata mereka(sambil uji juga dengan alat yg pengasas ada). 

Akhir kalam, manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini dan sebaik-baik kejadian. Usah meminta selain daripada Allah, kerana hanya Dialah sahaja tempat untuk kita meminta dan memohon. Manfaatkan apa jua yang Allah ciptakan demi kebaikan seluruh alam. Bukanlah sifat pengasas berceloteh panjang, sekadar mengingatkan diri ini jua yg terkadang alpa. Maaf andai ada kekurangan di dalam tulisan saat malam yang dingin ini. Wallahu A`lam.

P/S : Beberapa hari lagi pengasas akan uploadkan stok Delima Star(Delima Daging@Yakuk) sebagai penutup bagi tahun 2012 ini. Harganya murah-murah sokmo! tunggu...  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.