Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Tuesday 26 May 2015

BUSY..BUSY

Semenjak dua menjak ni pengasas blog agak sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti di dalam sekolah dan juga di luar sekolah. Untuk makluman, banyak juga batu-batu baru dan cincin yang belum sempat di "upload". InsyaAllah akan di masukkan ke dalam blog berperingkat. Untuk makluman sahabat semua, sempena cuti sekolah ni insyaAllah pengasas akan pulang bercuti di kampung halaman di Kuala Berang, Terengganu. Berikut jadual waktu cuti sekolah nanti :

29/5 - 2/6/2015 - Ke Kota Kinabalu (mendaki gunung Kinabalu dan pusing2 bandar KK.)
3hb - 5 Jun - Akan berada di Klang, Selangor.
6hb - 12 Jun  - Akan berada di Terengganu.
13 Jun - Di Klang
14 Jun - Bertolak pulang ke Sibu, Sarawak.

InsyaAllah kepada sahabat2 yang bercadang untuk bertemu samada untuk melihat batu atau "minum kopi" ke bolehlah hubungi pengasas blog di no h/p 0179509589-Wafi (sebaiknya mesej dulu sebelum call). Sebagaimana pengasas pernah menulis sebelum ini, usahlah kita sekadar penjual dan pembeli semata-mata, namun biarlah menjalinkan ukhwah persahabatan "Lillahi Taa`la."


GUNUNG KINABALU..."MU TUNGGU AKU DAKI!"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.