Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday 20 May 2015

"BATU SUPERMAN" PERMATA MOLDAVITE TEKTITE ASLI - RARE! : SOLD OUT

DISERTAKAN DENGAN SIJIL KEASLIAN
Moldavite merupakan sejenis meteorite kategori tektite berwarna hijau. Batu ini amat terkenal di Eropah serta seluruh dunia dan harganya agak tinggi. Ia dikatakan jatuh di sebuah kawasan bernama Czech Republic jutaan tahun yang lampau dan dikatakan Moldavite ini hanya terdapat di sana sahaja. Berdasarkan kepada testimonial pengguna yang telah menggunakan batu permata ini, terdapat pelbagai kelebihan semulajadi yang terkandung padanya yang boleh memberikan manfaat kepada manusia. Antaranya membangkitkan tenaga dalaman yang selama ini tersembunyi. Yang istimewanya lagi, ia merupakan salah satu daripada High Crystal Energy Stone! Sebab itulah ianya menjadi buruan oleh mereka yang tahu akan khasiatnya.

Link Berkaitan : KLIK
Link berkaitan : KLIK 

*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.