Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday 18 February 2015

PERMATA FAIRUZ SPIDER WEB ASLI TOP GRADE! : SOLD OUT

PERMATA FAIRUZ SPIDER WEB ASLI CORAK SARANG LABAH-LABAH TOP GRADE
NATURAL GENUINE SPIDERWEB TURQUOISE

Ukuran : 16 x 12 x 4 mm
Untuk dijual, permata fairuz asli berkualiti tinggi corak sarang labah-labah. Permata dipotong petak sempurna dan saiznya amat sesuai pada setiap jari lelaki. Permata ini pengasas datangkan dari sebuah wilayah di negara China iaitu Huabei, yang merupakan antara kawasan yang mempunyai fairuz spider web tercantik dunia. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui akan hal ini mungkin disebabkan faktor pasaran. Umum mengetahui, fairuz yang mempunyai corak sarang labah-labah atau spider web dijual dengan harga yang amat tinggi di pasaran antarabangsa lantaran kesukaran mendapatkannya serta permintaan yang tinggi.  Corak serta warna yang terdapat padanya amat unik dan cantik dimana setiap daripada batu ini tidak akan ada yang sama antara satu sama lain. Amat cantik dijadikan sebagai permata cincin berprofil tinggi. Lebih cantik jika ianya dilihat depan-depan!
Dijual bawah harga pasaran
*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.