Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Thursday 12 February 2015

CINCIN PERMATA AKIK YAMAN HITAM ASLI ISI MERAH! : SOLD OUT


WARNA HITAM BIJI KOPI

POTONGAN SONGKOK, "TRADEMARK" BATU YANG DICANAI DI YEMEN

ISI BATU BEWARNA MERAH PEKAT
BATU YANG SEMAKIN SUKAR DIDAPATI DAN BERNILAI TINGGI


CINCIN PERMATA AKIK YAMAN HITAM ASLI DARI BUMI BERTUAH YEMEN

Permata akik yaman hitam asli ini pengasas bawakan khas dari bumi Yemen, bumi yang terkenal dengan para Anbia. Batu ini bersaiz besar sedikit dari duit syiling 20 sen. Diikat perak asli dihiasi kuku yang "macho" dan berlian swiss ditepi serta ukiran corak bunga menambahkan lagi seri pada cincin ini. Batu akik yaman asli semakin sukar didapati dan harganya semakin mahal. Batu berwarna hitam biji kopi dan apabila disuluh, isi batu berwarna merah pekat. Layak dijadikan koleksi peribadi mahupun hadiah buat yang tersayang.
Dijual bawah harga pasaran

*SOLD OUT

*Awas! Terdapat banyak batu akik hitam isi merah dari afrika yang dijual sebagai akik yaman hitam. Warna luar batunya lebih hitam(seolah hitam pekat) dan ianya dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding akik yaman hitam yang asli. Sekali imbas, potongan dan bentuknya juga mirip kepada akik yaman asli. Belilah dari penjual yang anda percayai.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.