Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Saturday 27 April 2013

RAHSIA CINCIN NABI DAN HUKUM BERCINCIN


Sekalipun memakai cincin itu merupakan suatu perhiasan (az-ziinah) yang menyebabkan seseorang makin berwibawa dan berseri indah; akan tetapi adalah dimakhruhkan memakainya dek semata-mata keindahan (demikian menurut sebahagian ulama`); akan tetapi dia hendaklah dipakai kerana menghidup dan mengikutkan Sunnah Nabi Salallahu Alahi Wasallam; tidak lebih daripada itu.

Imaam al-Baihaqi r.A mengumpul dan menyusunkan hadith-hadith Nabi Salallahu Alahi Wasallam yang memperjelaskan kepada orang-orang Islam bahawa bercincin itu adalah suatu Sunnah. Untuk pengetahuan sahabat, Imaam Al-Baihaqi r.A(Abu Bakr Ahmad B.Al-Husian Al-Baihaqi) adalah antara tokoh Ahli Fiqh Madzhab Syaafi`i yang banyak menggunakan Hadith Nabi Salallahu Alaihi Wasallam bagi menegakkan Madzhab ini, disamping beliau sendiri adalah seorang alim dalam berbagai bidang, termasuk Ilmu Hadith.

MEMAKAI CINCIN PERAK DI TANGAN KANAN
Hadith Sumber Anas B.Maalik r.a
"Sesungguhnya Rasulullah Salallahu Alahi Wasallam bercincin perak, maka beliau memakainya di tangan kanan belia;manakala matanya berbentuk Habsyi. Adalah beliau meletakkan matanya(tempat permata atau tulisan) pada (jari) yang mengiringi perut telapak tangannya (menghadap ke bawah)."
[H.R.Ibnu Maajah dan Muslim; juga riwayat Ibnu Wahb-sumber Yuunus B.Yaziid tanpa menyebutkan "tangan kanan."]

(Menurut  penjelasan Ibnu Hajar Al-`Asqalaani r.A, kata "Habasyi" dalam Hadith ini bererti dia diperbuat daripada batu negeri Habsyah (Ethiopia), atau berwarna seperti warna di negeri Habsyah; atau pun berupa permata marjan, `aqiiq Habsyah; ataupun bertulisan Habsyah).
Penyebutan "tangan kanan" dalam cara bercincin, di mana cincin

Penyebutan "tangan kanan" dalam cara bercincin, di mana cincin itu diperbuat daripada perak; tidaklah dihafal(wujud) dalam seluruh riwayat Hadith; cuma dia terdapat dalam berita yang mengenai cincin yang diperbuat daripada wariq(perak), di mana Rasulullah Salallahu Alahi Wasallam melemparkannya; dan yang demikian dia bertentangan dengan seluruh riwayat Hadith.

CINCIN COP NABI SALALLAHU ALAIHI WASALLAM
"Bahawa Rasulullah Salallahu Alahi Wasallam ingin menulis surat(rasmi) kepada sebahagian (Ketua Negara, raja dan Gabenor-gabenor) bukan Arab. Anas menceritakan : Ada Sahabat yang berkata :"Sesungguhnya mereka tidaklah akan menerima(melayani) surat(rasmi) melainkan bila ada cop(tulisan pada cincin)."
Anas menyambung : "Maka Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam(menyuruh) membuatkan sebentuk cincin daripada perak, di mana dituliskan padanya : "Muhammad Rasulullah(dibaca dari bawah ke atas)."
[H.R Abu `Aqaanah]

BERCINCIN DI KELINGKING KIRI
Hadith Sumber Anas B.Maalik r.a
Anas r.a memberitakan : "Adalah(selalu) letak cincin Nabi Salallahu Alaihi Wasalam pada jari ini." Dan Anas mengisyaratkan kepada jari Kelingkingnya yang sebelah kiri. [H.R Al-baihaqi dan Muslim]
Maka riwayat-riwayat yang shahih ini adalah bersumber daripada Anas B.Maalik, di mana dia menunjukkan bahawa cincin yang diperbuat Nabi Salallahu Alaihi Wasallam daripada perak itu tidaklah dilemparkan nabi Salallahu Alaihi Wasallam; akan tetapi beliau memakainya pada jari Kelingking beliau di tangan kiri.

BERCINCIN DI JARI KIRI
Hadith Sumber Anas B Maalik r.a:
Anas r.a memberitakan : "Seakan-akan saya nampak keputihan cincin Nabi Salallahu Alaihi Wasallam(yang dipakai) pada jari beliau yang disebelah kiri." [H.R An-Nasaa`i : Shahih]

* Untuk pembacaan yang lebih lengkap, sahabat sekalian boleh beli dan rujuk buku di bawah :
 Boleh didapati di kedai-kedai buku, RM5

-Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.