Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Saturday 29 July 2017

CINCIN AKIK YAMAN HITAM ASLI ISI MERAH TOP GRADE! : SOLD OUT

CINCIN PERMATA AKIK YAMAN HITAM ASLI(CRAFTED IN YEMEN)

Akik yaman hitam asli telus cahaya isi merah sebagaimana yang diketahui umum amat sukar untuk didapati dan harganya juga amat mahal. Kebanyakkan batu yang dijual di pasaran adalah bukan dari yaman tapi negara lain tetapi di"claim" sebagai akik yaman. Cincin ini pengasas dapatkan dari seorang sahabat yemen yang kini menetap di arab saudi kerana sebahagian kawasannya di sana telah hancur akibat peperangan. Sejujurnya harga yang pengasas bayar untuk mendapatkan cincin permata ini hampir $USD 300. Selepas tawar menawar dapatlah kurang sedikit dari harga tersebut. Anda boleh convert sendiri matawang $USD ke duit kita berapa harga cincin permata ini.
*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.