Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Saturday 27 December 2014

CINCIN PERMATA BATU HITAM THAI ASLI @ LEKLAI : SOLD OUT

CINCIN PERMATA LEK LAI ASLI DARI BUKIT UMKLUM, KANCHANABURI

Batu yang diambil di bukit umklum, kanchaburi, Thailand. Batu ini hidup semulajadi pada dinding-dinding gua di mana kawasannya bersih dan bebas dari kelawar. Pengasas sengaja tidak menceritakan tentang khasiat batu ini, cukuplah memakai cincin dengan niat kerana mengikut sunnah. Permata jenis ini dicari dan dipakai oleh kebanyakkan sami buddha di sana sebagai "amulet" kerana mereka percaya akan khasiat yang ada padanya. Namun sebagai seorang Muslim, kebergantungan kita hanyalah kepada Allah Yang Maha Esa. Apa jua alat sekadar ikhtiar semata-mata.

*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.