Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Friday 20 June 2014

PERMATA BETIK JADI BATU ASLI-RARE! : SOLD OUT

PERMATA BETIK JADI BATU ASLI

Sekali tengok seperti batu akik. Namun jangan tersilap..ianya adalah buah betik yang telah mengeras menjadi batu. Unik dan mistik, itulah kekuasaan Allah. Permata ini dicanai daripada sebiji buah betik yang telah menjadi batu. Sangat-sangat jarang dilihat betik menjadi batu, jika kayu itu sudah biasa. InsyaAllah digunakan sebagai penawar demam panas dengan cara merendamkan ianya ke dalam air, niatkan mohon pada Allah agar disembuhkan segala hajat, jangan lupa selawat kepada Junjungan mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan.
Ingat, ianya adalah ikhtiar sahaja, yang menyembuhkan adalah Allah.
Dijual bawah harga pasaran
 *SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.