Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Kali ini apa yang pengasas coretkan bukan berkenaan batu permata, tetapi ingin memberitahu sahabat-sahabat sekalian bahawa bermula 22hb Januari 2014, pengasas akan terbang dan bermastautin ke Sarawak atas urusan kerja. Untuk tempoh berapa lama tu terpulang kepada majikan pengasas yakni Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Mungkin ramai diantara kalian tidak mengetahui bahawa karier utama pengasas blog adalah sebagai seorang Guru(pendidik), dan perniagaan ini merupakan sampingan dek kerana minat mendalam dalam dunia perbatuan serta meniru Sunnah Rasulullah yakni menceburkan diri dalam perniagaan.
Sebelum ini pengasas bertugas sebagai guru sandaran selama 2 tahun di SMK Convent Klang, Selangor. Alhamdulillah baru-baru ini dengan izin Allah pengasas telah mendapat tawaran lantikan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41) dan akan ditugaskan mengajar di Sarawak.
Walau bagaimanapun, lokasi sekolah dan daerah di sana hanya akan diketahui semasa minggu suai kenal rakan-rakan guru dari semenanjung yang juga akan mengajar di sana pada 20-22 januari nanti.di Nouvelle Hotel, Kuala Lumpur(maklumat tak rasmi yg diberitahu setakat ini di daerah Kanowit).Sehubungan itu, dikesempatan ini juga pengasas mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat sekalian yang telah berurusniaga dan mempercayai blogpermatamurahsokmo selama ini. Tanpa kalian, tidak bermakna blog ini.
Usah kalian khuatir, InshaAllah perniagaan ini akan diteruskan seperti biasa walaupun pengasas menetap di sana nanti. Jadi, kepada sahabat yang ingin membeli permata atau cincin yang sedia ada di dalam blog ini, hubungilah segera sebelum pengasas berangkat ke sana, InsyaAllah pengasas akan memberikan anda harga istimewa.
p/s: Lepas ni bolehlah belajar cakap Sarawak..kot-kot la jodoh pun ada kat sana mana tau kan..hehe, doa-doakan ya :-)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.