Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Tuesday 1 October 2013

ISTIMEWA : BLUE AMBER ASLI(ROUGH) : SOLD





Blue Amber merupakan khazanah alam semulajadi terbaru yang ditemui dari Barat Kalimantan, Indonesia. Amber merupakan sejenis getah(damar) pokok yang telah mengeras dan proses ini mengambil masa yang lama untuk terbentuk. Blue Amber(Amber Biru) merupakan jenis amber yang paling sukar didapati berbanding amber jenis lainnya. Warna biru sebenarnya terhasil daripada pantulan cahaya padanya. Proses ini terjadi di mana cahaya ultra-violet diserap dan dikeluarkan sebagai biru atau hijau cerah. Jika dilihat isi di dalamnya, ianya adalah berwarna madu-kemerahan. Blue Amber berkualiti tinggi serta bersaiz besar seperti ini amat jarang didapati dan harga pasarannya amat tinggi! Kualiti Blue Amber ini dengan amber dari Dominican adalah setanding. Jangan lepaskan peluang memiliki Blue Amber ini dan jadikan ianya koleksi berharga anda.
*Boleh dicanai ke bentuk permata cincin/loket.
Dijual bawah harga pasaran.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.