Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Monday 2 September 2013

AKIK YAMAN MERAH DARAH ASLI : GENUINE BLOODY RED YEMENI AGATE -RARE GEMSTONE

Batu jenis ini memang ramai peminat, namun apakan daya keberadaan batu jenis ini tidaklah banyak. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, sahabat pengasas di Yaman berjaya mendapatkan 2 biji lagi batu jenis ini di pasaran Yaman. Inilah dia 2 biji batu Akik Yaman Merah Darah asli gred terbaik saiz besar di Yaman yang berjaya sahabat pengasas dapatkan untuk pengasas.

GAMBAR DIAMBIL DALAM MODE BIASA(GELAP) TANPA FLASH
GAMBAR DIAMBIL DENGAN FLASH, WARNA SEBENAR BATU..AMAT CANTIK.
EMAIL DARI SAHABAT PENGASAS MEMBERITAHU BAHAWA 2 BIJI INI ADALAH GRED TERBAIK YANG BERJAYA DIA DAPATKAN DI PASARAN BATU AKIK DI YAMAN.

Untuk pengetahuan, harga pasaran batu Akik Yaman asli telah naik secara mendadak dari masa ke semasa. InshaAllah tidak rugi membeli batu jenis ini. Bercakap mengenai khasiatnya, biarlah si pemakainya sahaja yang tahu mengenainya..bak kata orang Terengganu, "mu doh pakai kekgi mu rasalah sendiri, cakak banyok dok gune.."(kamu dah pakai nanti rasalah sendiri, cakap banyak tak guna..)...hehe

*** SOLD OUT.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.