Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday 4 August 2013

BATU PERMATA BARU

Assalamualaikum..InshaAllah lepas Raya nanti banyak stok-stok batu baru akan pengasas upload di dalam blog. Kebanyakkan permata jenis rare dan berkualiti tinggi, ada yang dah sampai dan ada yang masih dalam perjalanan untuk sampai, antaranya Batu Akik Kuning, Garnet(rough), Meteorite Tektite(rough), Variscite(mineral rare, maklumat berkenaannya ada pada ruangan info, batu yg lebih cantik daripada fairus), dan ada juga permata yang tidak pernah dijual di pasaran Malaysia antaranya Honduras Matrix Black Opal. Macamana rupa bentuk batu tu kenalah tunggu..InshaAllah lepas Raya. Jadi simpan banyak-banyak Duit Raya anda ye :-)

*Kepada sahabat yang ada buat tempahan permata, Besi Kursani Raw, dan cincin, InshaAllah lepas Raya barang akan sampai dan siap. Harapnya tuan-tuan & puan-puan sekalian sabar menunggu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.