Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Saturday 6 July 2013

CINCIN PERMATA JADE BURMA ASLI GRED A - RARE! : SOLD


BATU ASLI 100% TANPA SEBARANG TREATMENT ATAU PROSES
BATU CANTIK TELUS CAHAYA
HARGA PASARAN JADE BURMA ASLI MENCECAH RIBUAN RINGGIT
IKATAN CINCIN KUKU KELILING BUNGA PAHAT.(CASTING)

Batu Jade telah menjadi batu kegemaran pengasas ketika ini. Ia bermula selepas pengasas mengkaji kenapa masyarakat kaum cina purbakala hinggalah ke hari ini amat suka memakai batu permata jenis Jade. Selepas dikaji, rupa-rupanya kandungan mineral yang terdapat di dalam batu Jade amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Apabila lama kelamaan dipakai, mineral di dalam batu Jade akan bertindak balas dengan haba tubuh badan manusia dan ianya memberi kesan dari segi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Bukan itu sahaja, batu juga semakin lama semakin cantik warnanya(batu hidup). Ini kerana pengasas sendiri telah mula memakainya dan dapat melihat kesannya pada tubuh dan batu itu sendiri. Mungkin orang melayu sebahagiannya telah mengetahui akan hal ini, namun pengasas yakin belum ramai lagi yang mengetahui akan khasiat batu Jade ini. Jadi di sini pengasas maharkan cincin batu Jade Burma asli dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran agar lebih ramai masyarakat dapat manfaat darinya.
Keterangan : Permata Jade Burma asli gred A (100% natural)
Ukuran permata : 18 x 15 x 10mm (saiz syiling 10sen)
Cincin ikat perak 925 (saiz cincin boleh ubah)
 Dijual bawah harga pasaran

*Terima kasih Tn.Latif, Selangor.

#Kajilah sifatnya, maka kita akan ketahui akan khasiatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.