Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Monday, 30 July 2012

PERIHAL PEMAKAIAN CINCIN DARI SUDUT HADIS RASULULLAH

Di dalam kitab Bustanul `Arifin, karangan Syeikh Nashr Bin Muhammad Bin Ibrahim As Samarqandi, terdapat sebuah hadis berbunyi;
"Barang siapa bercincin dengan Batu Aqiq, tidak akan habis-habisnya dia dalam keberkatan dan kebahagiaan"

Diriwayatkan oleh Ali R.A. katanya;
"Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam memakai cincin di sebelah kanannya."

Diriwayatkan oleh Anas R.A. katanya;
"Nabi Salallahu Alaihi Wasallam telah memakai cincin di sini ( lalu menunjukkan kepada jari manis di tangan kirinya)" - Hadis riwayat muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. katanya, Ali R.A. telah berkata;
"Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam telah melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini (dia menunjukkan ke jari hantunya dan jari yang mengikutinya iaitu jari telunjuk)" - Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik;
"Cincin Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam diperbuat daripada Perak dan batunya daripada Habsyah."

"Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam telah memakai cincin perak di tangan kanannya dan batunya dari Habsyah"- Hadis riwayat Muslim.

[Berkata Imam Nawawi R.A di dalam syarah muslim]
"Para alim-ulama` telah berkata bahawa batu habsyi (Habsyah) adalah daripada Aqiq. Galiannya terdapat di Yaman dan Habsyah. Dikatakan juga warnanya hitam"
Sumber rujukan: Kitab Raudhatul Ahbab

Di dalam kitab, `AUNUL MA`ABUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABI DAUD (RH), dalam Bab: MA JAA FI TARK al-KHATAM ada tertulis bahawa....
...Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam pernah memakai sebentuk cincin perak yang digunakan sebagai cop mohor Kerajaan Islam yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam. Juga cincin Perak yang mempunyai batu yang dibuat daripada `Aqiq.


***Kesimpulan: Memakai cincin di tangan kanan atau kiri tidak menjadi masalah, kedua-duanya merupakan sunnah. Yang penting, hendaklah dipakai pada 2 jari sahaja yakni jaris manis dan jari kelingking. Daripada pemerhatian hamba, kebanyakkan para alim memakai cincin di jari kelingking tangan kanan, antaranya Shaykh Habib Umar bin Hafiz(Keturunan Rasulullah), Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki(Ulama Nusantara), dan pengacara program La Kana Bainana Ahmad Al Shugairi,

- Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.