Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Saturday 2 November 2013

PERMATA AKIK YAMAN HITAM ASLI - Rare! : SOLD

PERMATA BATU AKIK YAMAN HITAM ASLI TEMBUS CAHAYA DARI BUMI BERTUAH YAMAN - ISI BATU WARNA MERAH PEKAT.
Batu permata jenis ini mempunyai harga pasaran yang tinggi dan sukar didapati.
Ukuran : 13 mm x 10.5 mm x 4.5 mm

* Sedikit info mengenali Batu Akik Yaman Hitam asli dan perbezaan dengan Batu Onyx Hitam.
Batu jenis ini termasuk dalam kategori keluarga Carnelian. Batu Carnelian adalah mempunyai tekstur batu yang amat halus dan tembus cahaya apabila disuluh. Sejenis batu lagi yang seringkali ramai keliru dengan Batu Akik Yaman Hitam adalah batu jenis Onyx Hitam(Black Onyx). Terdapat juga batu Onyx Hitam yang dicanai di Yaman dan dari segi potongan batu(potongan songkok) serta warna batu(warna hitam) ia amat  menyamai batu Akik Yaman Hitam. Walau bagaimanapun, batu jenis Onyx Hitam tidak tembus cahaya(opaque) apabila disuluh, jadi ia mudah untuk dikenali. Harga Onyx Hitam juga jauh lebih murah berbanding harga Akik Yaman Hitam asli yang sememangnya tembus cahaya apabila disuluh.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.