Alhamdulillah..dapat lagi beberapa biji batu halilintar asli. Jenis inilah yang amat dicari-cari oleh kebanyakkan orang kerana di dalamnya terdapat campuran besi kuning asli semulajadi. Batu ini pengasas perolehi daripada seorang guru tua yang amat berpengalaman di dalam dunia perubatan tradisional. Berdasarkan apa yang diceritakan kepada pengasas, kebanyakkan batu petir halilintar asli yang dijual di serata Malaysia adalah diperolehi daripadanya. Batu petir ini adalah dicarinya sendiri sewaktu zaman muda beliau.
SAIZ SYILING 20 SEN |
BAWAH BATU TERDAPAT CORAK SEMULAJADI ASAL BATU HALILINTAR. RUJUK GAMBAR PADA INFO DI BAWAH. |
BENTUK PERMATA CINCIN |
_____________________________________________
# INFO BATU PETIR HALILINTAR ASLI
Jenis di dalamnya terdapat besi kuning. Ada 2 jenis wujudnya bentuk besi kuning iaitu yang pertama berbentuk pusar dan bentuk kedua adalah berbentuk peluru(bullet)
JENIS PETIR HALILINTAR BESI KUNING PUSAR MENTAH YANG BELUM DICANAI. |
JENIS PETIR HALILINTAR BESI KUNING PELURU(BULLET) BENTUK MENTAH BELUM DICANAI |
Besi kuning asli adalah amat sukar diperolehi dan jika ada dijual, harganya amat tinggi. Besi kuning asli datangnya bersama dengan batu petir halilintar seperti gambar di atas. Kebanyakkan besi kuning yang dijual di luar sana adalah besi kuning buatan(ada juga daripada pyrite) kerana warna pyrite juga menyerupai besi kuning. Ilmu dan pengetahuan amat berguna sewaktu mendapatkan barang asli.
Selain daripada besi kuning di dalamnya, ada juga jenis petir halilintar berlian, halilintar emas dan halilintar biasa(tidak ada apa-apa di dalamnya, sekadar batu). Itulah apa yang diberitakan kepada pengasas dan dikongsikan kepada sahabat semua...Wallahu A`lam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.