Permata Delima Merah atau Red Ruby merupakan batu yang tersenarai sebagai "Precious Stone"(batu berharga) dan diminati sejak ribuan tahun lampau lagi. Boleh dikatakan kebanyakkan daripada kita semua juga meminati permata ini. Jika ditinjau pada harga pasaran semasa, harganya agak mahal bergantung kepada kualiti batu. Pelbagai faktor yang menyebabkan harga sesuatu permata itu mahal antaranya "demand"(permintaan) pengguna yang tinggi terhadap batu itu namun kuantitinya adalah sedikit. Selain itu, batu ini bukan hanya diminati dan diburu oleh orang kita sahaja, malah di seluruh dunia mereka mencari dan ingin memiliki batu yang cantik dan berharga ini.
Daripada pembacaan dan kajian pengasas, hampir 90% permata Red Ruby yang dijual di pasaran mengalami proses yang dipanggil "Heated"(Lead Glass Filling). Kenapa? Tujuannya adalah untuk menutup rongga-rongga atau pecahan yang terdapat pada batu untuk meningkatkan kualtiti dan kecantikkannya. Kebanyakkan Red Ruby dalam bentuk asalnya(rough) adalah kurang cantik dan kusam, sebab itulah proses ini diguna pakai. Namun ianya adalah suatu proses yang biasa bagi Permata Red Ruby, malah permata yang lainnya juga seperti Sapphire(Nilam). Ada juga Delima merah yang tidak melalui proses ini, iaitu "Untreated", kategori jenis inilah yang paling mahal harganya sehingga mencecah ribuan ribu ringgi bagi sekarat(1 carat), malah boleh menjangkau puluhan ribu ringgi bagi sebiji permata bergantung kepada kualitinya.
Perbezaan Delima Merah asli(kanan) dengan Delima Buatan(sintetik) |
Sekali imbas, kedua-dua permata ini nampak serupa..namun ada perbezaannya. Pengasas sendiri lihat ada kebanyakkan penjual yang menjual permata Delima Sintetik ini dengan meletakkan ia sebagai Delima Merah Asli..samada penjual itu sendiri tak tahu bahawa batu yang dijualnya adalah batu sintetik ataupun memang dia sengaja menipu, Wallahu A`lam..hanya Allah yg tahu, tak baik memburuk-burukkan orang lain. Delima sinstetik luarannya lebih nampak seakan kaca dan selalunya bersaiz besar(30 carat ke atas), ada juga bersaiz kecil. Dalam batu pula teramat bersih tanpa sebarang cela, urat batu mahupun "inclusion"(habuk)... manakala bagi permata Delima Merah asli mudah dikesan apabila kita lihat isi di dalam batu(ada urat atau "inclusion" samada sikit @ banyak). Selain itu Delima Merah asli juga ada sesetengahnya yang ada seakan buih di dalam batu(buih terbentuk semasa proses "Heated"(Lead Glass Filling). Tidak semua permata asli ada gelembung buih..dan tidak semua permata sintetik itu dalamnya bersih dan jernih.Walaubagaimanapun, cara ini bukanlah 100% tepat. Cara yang paling tepat mengetahui batu itu asli atau tidak adalah dengan membawanya ke dalam makmal batu untuk diuji, namun kosnya bukanlah sedikit.
Zaman teknologi kini macam-macam yang boleh manusia cipta, termasuklah Red Ruby yang menyerupai batu asli. Ia dikenali sebagai Chantum Diffusion Red Ruby.
Chantum Diffusion..bermaksud "Lab Created" |
Haa..lawa kan Red Ruby ni..siap ada urat lagi dalam batu. Namun ia sebenarnya adalah Red Ruby yang dihasilkan di dalam makmal(Lab Created @ Sintetik). Oleh itu berhati-hati semasa membeli Permata Red Ruby di luar sana. InshaAllah di blog permata murah sokmo ini pengasas HANYA MENJUAL PERMATA ASLI SAHAJA. Ini kerana pengasas sendiri tidak suka pakai batu sintetik walaupun ianya cantik.(ramai juga kt luar sana suka pakai batu sintetik ni, namun terpulanglah pada selera masing-masing, siapa kita nak halang pula kan). Namun andaikata..andaikata la anda membeli batu yang dijual di sini, dan mendapati ianya bukan batu asli(selepas diuji di dalam makmal ya-BUAT SIJIL KEASLIAN BATU, jangan pula tanya pada "tok bomoh" atau "pak pandir" sebab diaorang pun tak berapa tahu sangat tentang batu ni..hehe..) sila maklumkan kepada pengasas dengan kadar segera, mungkin pengasas terlepas pandang.
Sebab itu, pengasas sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan batu untuk dijual. Pengasas pastikan dahulu ianya batu asli maka barulah ia dipaparkan di blog permatamurahsokmo.blogspot.com. Jadi sahabat sekalian, belilah dengan sepenuh keyakinan di sini, dan yang paling penting letakkan keyakinan yang sepenuhnya kepada ALLAH, bukan kepada batu. Kerana Yang Mencipta itu lebih Berkuasa daripada yang diciptakanNya. -Wallahu A`lam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.