Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Thursday 12 September 2013

AKIK YAMAN DAN POTONGAN BATU

Ada orang kata batu akik yaman asli potongannya adalah potongan songkok sahaja, adakah tepat? Jawapannya..belum tentu betul.. Memang benar, potongan "standard"(biasa) bagi batu akik yaman asli yang dipotong di Yaman adalah potongan berbentuk songkok, tetapi ada juga batu akik yaman asli ini kemudian dipotong dan dicanai semula berbentuk cabochon. Salah satu mengapa batu ini menjadi potongan cabohcon adalah kerana citarasa si pemakai itu sendiri. Di Malaysia sendiri contohnya, tidak semua yang suka potongan songkok, ada juga penggemar yang sukakan batu berbentuk cabochon.

Akik Yaman asli potongan songkok(Kiri), kanan potongan cabochon. Kedua-dua gambar ini merupakan batu yang sama!
 Batu di atas merupakan salah satu contoh. Untuk pengetahuan, kedua-dua batu di dalam gambar di atas merupakan batu yang sama sahaja.  http://permatamurahsokmo.blogspot.com/2013/07/akik-yaman-asli-promosi-raya.html : Lihat pada BATU 6

Gambar batu sebelah kiri di atas menunjukkan batu Akik Yaman potongan songkok, manakala gambar sebelah kanan menunjukkan batu yang telah dicanai menjadi potongan cabochon. Ini kerana pelanggan sendiri yang mahukan batu ini dalam bentuk cabochon, jadi pengasas telah menghantarnya untuk dicanai menjadi sebagaimana yang dipinta pelanggan. Antara lain yang menarik tentang batu Akik Yaman asli adalah tekstur urat batunya amat halus dan berbeza dengan batu akik yang lain di mana apabila dicanai, luar dan dalamnya mudah untuk digilap, selain warnanya yang sekata. Itulah yg diberitakan kepada pengasas oleh seorang tukang canai yg berpengalaman.

Jadi, jika ada lagi rakan-rakan anda yang bertanya adakah batu Akik Yaman asli itu hanya potongan songkok? Jawablah..belum tentu, ada juga batunya potongan cabochon.-Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.