Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam
Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts

Saturday, 14 September 2024

LAMA TAK UPDATE BLOG.....MASIH AKTIF

 Assalamualaikum...apa khabar sahabat permata murah sokmo? Semoga kalian sentiasa dalam Rahmat Allah. Untuk pengetahuan semua, pengasas blog masih aktif berniaga batu permata/cincin, cuma dek kerana kesibukan tugas jadi pengasas jarang kemaskini blog. Jika pelanggan lama mereka dah tahu & terus whatsapp pengasas untuk dapatkan permata yang diinginkan, jadi jika anda baru baca atau pelanggan baru sekiranya ada batu cincin yang ingin dicari boleh terus whatsapp pengasas blog. Sebenarnya banyak batu permata yang tak sempat nak dimasukkan satu persatu di dalam blog ini, insyaAllah sekiranya ada apa sahaja permata yang sahabat, tuan & puan cari boleh terus whatsapp pengasas blog di talian 0179509589. Yang pasti, semua permata yang dijual adalah ASLI & BERKUALITI.

Wednesday, 24 April 2019

BESI KURSANI PUTIH ASLI

Untuk makluman sahabat semua, insyaAllah Besi Kursani putih asli dalam proses canai ke bentuk permata cincin. Jika ada sahabat yang berhajat mohon whatsapp/ call pengasas segera sebelum kehabisan. Harga mampu milik insyaAllah. Terima kasih.

Thursday, 22 November 2018

PENGASAS BLOG BERPINDAH KE KLANG SELANGOR JANUARI 2019

Alhamdulillah dengan izin Allah pengasas blog berjaya berpindah dari Sarawak ke semenanjung setelah 5 tahun bertugas di bumi kenyalang. Walaupun belum dapat ke negeri kelahiran iaitu Terengganu, sekurangnya dekat sedikit berbanding sekarang ni. InsyaAllah kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitar sini bolehlah hubungi pengasas blog sekiranya nak C.O.D atau tengok-tengok batu permata yang ada.
Akan berpindah mengajar ke sekolah baru iaitu SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang (STAR) 
bermula 1 Januari 2019. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan Allah.

Saturday, 2 September 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Di sini pengasas blog mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua sahabat blog permatamurahsokmo. Selamat berkorban dan semoga segala amalan yang dilakukan diterima Allah s.w.t insyaAllah.

Monday, 19 June 2017

AKIK YAMAN HITAM ASLI DAN AKIK YAMAN MERAH ASLI

InsyaAllah pengasas blog dalam usaha untuk mendapatkan batu akik yaman hitam asli(suluh merah) dan akik yaman merah asli. Sekiranya ada sahabat yang berminat untuk mendapatkan batu ini sila hubungi pengasas blog untuk berurusan 0179509589. Untuk makluman, harga akik yaman hitam asli dan akik yaman merah asli agak mahal. Banyak batu yg dijual sekarang bukan batu asli, berhati-hati dalam berurusan.

Saturday, 3 June 2017

SELAMAT BERPUASA

Pengasas mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat islam di serata dunia. Semoga ibadah kita dalam bulan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik berbanding sebelumnya. Stok permata terbaru :
1.Delima Mozambique
2.Delima Burma
3.Mata kucing(cat's eye)
4.Zamrud Colombia
5.Blue Topaz
6.Kecubung(Amethsyt)
7.Nilam Biru
8.Akik

Tuesday, 10 May 2016

STOK TERBARU AKAN TIBA

-GELANG HEMATITE
-RED RUBY (TOP BLOOD)
-AKIK API MEXICO (FIRE AGATE)
-LOKET MARJAN MERAH ASLI(CORALLIUM RUBRUM/OXBLOOD)

Monday, 7 December 2015

PENGASAS BERADA DI TERENGGANU

InsyaAllah saya kini berada di negeri kelahiran, Terengganu(hingga hujung bulan) sempena cuti sekolah & sempena Majlis perkahwinan pada 26hb disember 2015. Mana-mana sahabat yang berada berdekatan dijemput hadir ke majlis ambe di Kuala Berang, Terengganu. Kepada yang nak melihat batu juga boleh buat temujanji dengan pengasas di talian 0179509589. Semoga Allah berkati kita semua.

Wednesday, 30 September 2015

KECUBUNG WULUNG ASLI!!!

Alhamdulillah...setelah berbulan-bulan memburu akhirnya pengasas blog berjaya dan bakal membawa masuk permata yang amat diburu oleh penggemar batu kecubung paling "rare" iaitu kecubung wulung asli "top quality" tidak lama lagi. "Origin" atau asal batu ini adalah dari Uruguay. Batu yang amat sukar didapati lantaran keberadaannya tidak banyak dan harganya yang tinggi di pasaran. InsyaAllah akan "available" tidak lama lagi.....

Monday, 21 September 2015

PENGASAS BERADA DI TERENGGANU BERMULA HARI INI 21 sept - 26 sept

Pulang bercuti di kampung halaman di Kuala Berang, Terengganu sempena cuti sekolah dan Raya Haji. Andai ada sahabat2 yang berminat untuk melihat batu atau cincin boleh hubungi pengasas blog 0179509589-wafi. Boleh jumpa di mana2 sekitar Kuala Berang/Kuala Terengganu..insyaAllah.

Tuesday, 26 May 2015

BUSY..BUSY

Semenjak dua menjak ni pengasas blog agak sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti di dalam sekolah dan juga di luar sekolah. Untuk makluman, banyak juga batu-batu baru dan cincin yang belum sempat di "upload". InsyaAllah akan di masukkan ke dalam blog berperingkat. Untuk makluman sahabat semua, sempena cuti sekolah ni insyaAllah pengasas akan pulang bercuti di kampung halaman di Kuala Berang, Terengganu. Berikut jadual waktu cuti sekolah nanti :

29/5 - 2/6/2015 - Ke Kota Kinabalu (mendaki gunung Kinabalu dan pusing2 bandar KK.)
3hb - 5 Jun - Akan berada di Klang, Selangor.
6hb - 12 Jun  - Akan berada di Terengganu.
13 Jun - Di Klang
14 Jun - Bertolak pulang ke Sibu, Sarawak.

InsyaAllah kepada sahabat2 yang bercadang untuk bertemu samada untuk melihat batu atau "minum kopi" ke bolehlah hubungi pengasas blog di no h/p 0179509589-Wafi (sebaiknya mesej dulu sebelum call). Sebagaimana pengasas pernah menulis sebelum ini, usahlah kita sekadar penjual dan pembeli semata-mata, namun biarlah menjalinkan ukhwah persahabatan "Lillahi Taa`la."


GUNUNG KINABALU..."MU TUNGGU AKU DAKI!"

Wednesday, 31 December 2014

PENGASAS BERADA DI KLANG SEHINGGA 8HB JANUARI 2014

InsyaAllah pengasas kini berada di Klang sehingga 8hb Januari 2015, dan akan pulang semula ke Sarawak pada sebelah malamnya. Sepatutnya 1hb pengasas balik ke Sarawak, tapi syukurlah KPM tangguhkan lagi cuti kerana banjir. Kepada sahabat-sahabat yang berada berdekatan jika ingin melihat dan membeli batu atau bersua muka dengan pengasas blog bolehlah SMS/CALL 0179509589-wafi. Jangan segan-segan, jangan malu-malu, "ukhwah fillah abadan abada".

Friday, 19 December 2014

HADIAH SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN PENGASAS BLOG


Setiap barangan yang dibeli pada hari ini 20hb.12 2014 & 21.12.2014 akan disertakan dengan hadiah istimewa dari pengasas blog sempena ulang tahun kelahiran yg ke-30.
Terima kasih atas doa dan sokongan kalian, semoga Allah membalasnya.

Tuesday, 16 December 2014

PENGASAS KINI BERADA DI TERENGGANU SEHINGGA 27HB DISEMBER 2014

Assalamualaikum sahabat sekalian, Alhamdulillah pengasas kini berada di kampung halaman, Kuala Berang Terengganu sempena cuti sekolah ni sehingga 27hb..InsyaAllah. Kemudian akan berada di Klang (28-31hb) dan balik semula ke Sarawak pada 1hb Januari 2015. Kepada sahabat-sahabat yang berada berdekatan dan berminat untuk melihat batu-batu permata atau koleksi yang ada bolehlah hubungi pengasas, 
SMS/Call 0179509589-Wafi. 
Terima kasih.

Wednesday, 20 August 2014

PIETERSITE...

Maaf tak sempat nak masuk blog dah habis disambar orang. InsyaAllah dalam proses mencari stok terbaru.

Wednesday, 16 July 2014

PERMATA AKIK YAMAN HITAM ASLI AVAILABLE SELEPAS RAYA

Alhamdulillah pengasas berjaya mendapat beberapa biji lagi permata akik yaman hitam asli dari bumi bertuah yaman. Batu dalam perjalanan dan insyaAllah akan sampai selepas Raya nanti. Kepada yang berminat boleh hubungi pengasas segera kerana stok adalah terhad.

Saturday, 28 June 2014

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA BUAT SEMUA

Alhamdulillah..Allah pertemukan kita dengan bulan yang mulia ini, Ramadhan al-mubarak. Selamat datang bulan yang mulia, semoga kita berjaya mendapat taqwa..InsyaAllah.

Saturday, 14 June 2014

CUTI SEKOLAH DAH BERAKHIR

Alhamdulillah...pengasas baru sahaja tiba di Kanowit, Sarawak untuk meneruskan kehidupan mencari rezeki di sini setelah bercuti hampir 2 minggu. InsyaAllah barang-barang jualan akan diuload dalam masa terdekat. Pengasas juga hanya online menggunakan phone semasa cuti sekolah ni disebabkan tak bawa balik laptop, sebab tu tulisan tak berapa kemas dan tersusun. Terima kasih kepada sahabat-sahabat atas sokongan terhadap blogpermatamurahsokmo. Barang-barang rare ada..antaranya Badar Perak, Batu Betir Kuningan Sari, Andara, Badar Merah, Geliga Kima, dan dll...tunggu...