Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Thursday 22 November 2018

PENGASAS BLOG BERPINDAH KE KLANG SELANGOR JANUARI 2019

Alhamdulillah dengan izin Allah pengasas blog berjaya berpindah dari Sarawak ke semenanjung setelah 5 tahun bertugas di bumi kenyalang. Walaupun belum dapat ke negeri kelahiran iaitu Terengganu, sekurangnya dekat sedikit berbanding sekarang ni. InsyaAllah kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitar sini bolehlah hubungi pengasas blog sekiranya nak C.O.D atau tengok-tengok batu permata yang ada.
Akan berpindah mengajar ke sekolah baru iaitu SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang (STAR) 
bermula 1 Januari 2019. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.