Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday 26 June 2013

CANAI PERMATA..BUKAN MAKAN ROTI CANAI

Canai batu permata tak sama dengan makan roti canai. Batu keras, manakala roti canai pula lembut. Jadi proses tersebut sudah tentunya berlainan. Proses canai batu permata pula berbeza-beza mengikut si pencanai(tukang canai), apa yang dikatakan berbeza adalah jenis mesin yang digunakan, "skill" yang dikeluarkan, mahupun bahan-bahan lain yang digunakan semasa proses canaian sedang dijalankan. Harga upah canai pula bergantung juga kepada tukang canai, kalau pandai bodek dapatlah murah, pandai lagi bodek dapatlah "free". Tapi ikut logik zaman sekarang ni masuk tandas awam pun kena bayar kan..melainkan, tukang tu betul-betul ikhlas untuk tolong anda canaikan.

 Mereka yang terlibat di dalam kerja-kerja ini selalunya mereka yang berpengalaman luas di dalam dunia perbatuan mahupun perkayuan. Jika tidak masakan mampu untuk membeli mesin-mesin canai yang bukan hanya satu, tapi berbagai jenis mengikut kerja yang ingin dilakukan. Jadi, perlukan pelaburan juga sedikit sebanyak di situ. Dan, antara yang menarik.. selalunya semasa proses canai inilah tukang-tukang yang mahir dalam dunia perbatuan dapat membezakan samada batu permata yang dicanai itu asli ataupun tidak. Apa nak buat kat pasaran sekarang ni banyak batu-batu sintetik/batu masak yang dijual sehinggakan ianya terlalu menyerupai batu asli.
Dalam banyak-banyak batu yang pengasas jual, antara yang paling sukar dicanai adalah besi kursani. Kenapa ia dikatakan sukar..sudah tentunya sebab sifat besi itu sendiri..Ya..sifat besi adalah keras. Kenapa keras..sebab ia bukan batu..(mestilah korang tau kan..haha..saja je) Hanya tukang canai yang betul-betul berpengalaman sahaja mampu canainya. Korang tak pernah pegang masa besi tu sedang dicanai, mana nak tau kan panas macam mana..sampaikan berapi-api mata mesin tu. Sebab itulah pengasas katakan tidak semua tukang batu yang boleh canai permata besi kursani ni. Dorang tak nak mesin dorang rosak mahupun "rongak" giginya dek merobek isi besi kursani yang keras tu. Walhal cara yang paling sopan memotongnya adalah dengan hanya menggunakan gergaji besi! hehe..bunyi macam lawak je kan..tapi itulah realiti.

Dan jangan tak tahu, sekarang ni boleh dikatakan agak sukar nak dapat besi kursani bentuk "raw"(asli) terutamanya yang dipanggil kursani putih(warna asal dijumpai metallic). Sebab tu harganya sekarang melambung naik. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah..pengasas boleh mendapatkan besi kursani "raw" ni terus dari jaringan sahabat di luar negara. Adalah lagi stok-stok kat sana. Jadi.. jika ada sahabat yang ingin berniaga batu permata, mahupun besi kursani ni bolehlah hubungi pengasas untuk mendapatkan ianya dalam bentuk "raw"...baru puas hati kan nak canai saiz besar mana atau ke bentuk apa sekalipun.
Dan perkara terakhir yang paling penting dalam proses canaian batu adalah "finishing". Jika tukang jenis rajin untuk "polish" serta menggunakan bahan "polish" yang sesuai pada sesebuah permata., maka sudah pasti terbaiklah hasilnya. Kalau tak, pandai-pandailah korang gosok sendiri permata tu bagi ia berkilat..sebagaimana kilatnya gigi korang.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.