Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Friday 8 November 2013

ADAKAH INI BESI KUNING KEPOMPONG ASLI?

Ada jarum di dalamnya.
Pengasas niat untuk mendapatkan satu, sekadar untuk disimpan dan tidak sangka suatu hari datang seorang pemuda menawarkan barang ini kepada pengasas. Menurutnya ia dijumpai oleh orang asli di dalam sarang burung tempua di hutan belantara. Sahih atau tidak apa yang diceritakannya dan asli atau tidak barang ini pengasas serahkan kepada Allah. Mungkin sahabat di luar sana lebih arif mengenainya..- Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.