Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Tuesday 19 November 2013

KOLEKSI FAIRUZ TERBAIK DUNIA

Koleksi Batu Fairuz terbaik dunia telah tiba. Jika sebelum ini kita hanya ingat dan seringkali dimomokkan bahawa Fairuz Iran lah yang terbaik, namun kajian pengasas membuktikan bahawa ia mungkin antara terbaik di dunia, tapi bukan yang terbaik di dunia, ada beza tu. Alhamdulillah pengasas berjaya mendapatkan beberapa jenis Fairuz terbaik dunia, InshaAllah akan dimasukkan ke dalam blog sedikit masa lagi. Fairuz terbaik dunia banyak datangnya dari negara USA dan China, mungkin anda terkejut dengan fakta ini, tapi itulah realiti..luasnya ilmu Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.