Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday, 22 February 2015

POKOK SERAI BERBUNGA DAN BATU SERAI...BETUL ATAU MITOS?

POKOK SERAI BERBUNGA MILIK PENGASAS BLOG

ADA KE BATU SERAI?

TINGGI MELANGIT BUNGANYA

Gambar di atas merupakan pokok serai yang mengeluarkan bunga yang ditanam sendiri pengasas di belakang rumah sewa di Kanowit, Sarawak. Yang tidak disangkanya, pokok serai ini mengeluarkan bunga yang mana dikatakan amat jarang sekali untuk dijumpai. Cumanya persoalan di sini, adakah benar yang dikatakan bahawa terdapatnya batu permata serai di bawah pokok serai berbunga? Dan ada cara-cara atau "ritual" untuk mendapatkan batu serai ini? Yang boleh pengasas katakan adalah "Wallahu A`lam"...hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Janganlah kita terlampau taksub dengan perkara-perkara yang dikatakan "mistik" ni. Nantilah ada kesempatan pengasas cuba korek bawah rumpun serai ni..kot-kotlah ada jumpa kan. tapi yg pastinya kt tanah tu memang byk batu ler..cuma x sesuai aja nak buat batu cincin..hehe.. Baca tajuk macam nak tulis panjang aja kan, hehe...sekadar berkongsi gambar pokok serai berbunga aja..jangan marah naa...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.