Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Monday, 31 December 2012

PERMATA ZAMRUD COLOMBIA ASLI 6.8ct - rare! : Sold Out

Tahun 2013 dimulakan dengan jualan permata berharga, iaitu permata zamrud(emerald). Permata ini merupakan antara koleksi peribadi pengasas. Lihat dan nilai sendiri.

Warna hijau pekat, usia matang
Batu telus cahaya
Jenis rare, natural unheated!
Saiz besar!
LIHAT VIDEO DI BAWAH :


Potongan : Emerald Cut
Ukuran Batu : 16.2mm x 9.7mm x 5mm
Berat : -+6.8cts
Warna : Hijau Matang
Clarity : Translucent (Telus Cahaya)
Luster : Good
Origin : Colombia
Treatment : None
Hardness : 7.5-8

Istimewa Tahun Baru 2013
Harga di luar kotak pemikiran anda: 

*SOLD OUT

Saturday, 29 December 2012

Sudah tertunaikah semua hajat korang sepanjang tahun 2012 ni? Kalau sudah Alhamdulillah..jika belum, bawa ke tahun depan. Mudah-mudahan semua yang kita inginkan dimakbulkan Allah. Begitu pantas masa berlalu, pejam-celik umur pun meningkat naik. Semoga amalan kita semua pun turut sama meningkat naik sebagaimana meningkatnya umur kita. Terima kasih diucapkan kepada sahabat semua atas sokongan anda kepada blog permata murah sokmo. Tahun 2013, pengasas akan membawakan anda lebih banyak lagi permata-permata yang "Rare" khas untuk anda semua.

PERMATA 2013 , 
RARE DAN TERBAIK!
antaranya..

- MATA NAGA (NAGA EYE)
- AKIK DARAH
- MARJAN (MERAH, PUTIH, BIRU, HITAM)
- TASBIH KAYU STIGI
- AMBER
- SAPPHIRE
- FAIRUZ (TURQUOISE)
- BLUE ZIRCON
- ZAMRUD (EMERALD)


Dan pelbagai lagi...Semua permata adalah asli gred berkualiti, malah ada yang terbaik di dalam kelasnya. Jadi, silalah kumpul duit dari sekarang, sikit-sikit lama-lama jadilah banyak!. InshaAllah setiap orang akan berpuas hati apabila mendapat permata idaman masing-masing dengan harga yang terbaik berbanding harga di pasaran!
Nantikan...

Thursday, 27 December 2012

STOK DELIMA DAGING SUDAH TIBA..

Pengasas akan uploadkan stok permata delima daging @ nama saintifiknya Star Ruby sebentar sahaja lagi. Permata ini merupakan penutup bagi tahun 2012. Mungkin ada sahabat yang berhajat ingin memiliki permata delima daging(star ruby) namum harganya yang tinggi di pasaran membuatkan hajat anda terbantut.
InshaAllah semoga segala hajat anda akan termakbul di Blog Permata Murah Sokmo!

RARE AUTHENTIC YEMENI AGATE BLOODY RED!

Cincin tempahan sahabat telah selamat mendarat di bumi Malaysia..Alhamdulillah..
Cincin perak buatan tangan tukang di Yaman.

Penuh nilai estetika

Gambar di ambil dengan flash.

Warna sama seperti di dalam gambar (masa order dari Yaman)

Isi batu yang mantop!

Manis!

Nampak gagah apabila disarung di jari.

Gambar tanpa flash. Kelihatan warna sebenar batu.

"Yea..yea..cincin dah sampai!" Mungkin itulah teriak hati kecil sahabat yang menempah cincin ni sejak beberapa minggu lalu..hehe..(maaf ye tuan gurau2 je). Cincin kedua yang pengasas bawakan terus dari bumi bertuah Yaman. Cincin yang telah ditempah oleh seorang sahabat. Apa yang ingin diceritakan ia sedikit unik kerana, apabila dilihat secara terus(langsung) dengan mata kasar, ia berwarna karamel terang(seperti gambar di atas), namun apabila gambar diambil menggunakan kamera flash, warnanya merah darah. Patutlah penjual sana melabelkannya sebagai "Rare Bloody Red", rupa-rupanya jenis ini amat-amat jarang dijumpai. Namun semua itu tidak mustahil kerana kuasa Allah melebihi segalanya. Isi batu pula amat cantik jika dilihat terus apabila disuluh cahaya. Berbaloi memiliki sebentuk cincin Akik Yaman walau terpaksa menunggu beberapa minggu, kerana kita tahu ianya asli terus dari bumi bertuah Yaman!

P/s: Ke ada "khodam" yang melompat masuk ke dalam batu tu masa penghantaran?haa...haa..tak tahu...hehe..

Wednesday, 26 December 2012

CINCIN MARJAN BIRU - Rare! : Sold




Authentic 100% Natural Untreated Sea Blue Coral!
Permata Marjan Biru asli dengan corak semulajadi yang unik dan cantik.
Marjan Biru merupakan jenis Marjan yang sukar didapati.
Cincin perak 925, 
Ikatan tangkai kendi.
Saiz cincin boleh laras.
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Tuesday, 25 December 2012

BESI KURSANI PUTIH(RAW) - Extremely Rare! : SOLD OUT

Besi kursani banyak kegunaannya. Masyarakat Melayu lama terutama para pahlawan serta pembesar menggunakan besi kursani sebagai campuran bagi membuat senjata seperti keris, tombak, pedang, dan sebagainya. Selain itu, ia juga dijadikan permata cincin bagi ikhtiar untuk keselamatan dan kekuatan tubuh badan. Di atas, 2 ketulan besi kursani putih(jenis yg teramat sukar diperolehi) dalam bentuk asal ianya dijumpai.
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Monday, 24 December 2012

CELOTEH MALAM HARI

Ada pelanggan yang bertanya berkenaan khasiat batu itu, batu ini, mana yang pengasas tahu pengasas bagitahu(berdasarkan kajian, bertanya kepada mereka yang lebih arif serta melalui pembacaan berkenaan proses kejadian dan bahan-bahan yang terbentuk di dalamnya). Ada juga yang pengasas tidak tahu, iyelah pengasas juga manusia biasa, bukan tahu semua benda dalam dunia ni, dan pengasas membiarkan anda sendiri mencarinya, kan itu lebih baik daripada percaya bulat-bulat cakap orang lain kan. Ada orang beli batu permata atas pelbagai sebab, dan boleh dikatakan ramai yang membelinya kerana terlalu percaya dengan pelbagai dakwaan yang mereka baca tentang khasiat batu-batu tersebut, "tepuk dada tanya iman."

Hari ini sahabat semua tanya diri, adakah membeli batu permata atau barang itu kerana terlalu taksub dengan khasiatnya? atau kerana ianya cantik? atau kerana nak menunjuk-nunjuk kepada makwe/pakwe/tokwan/ jiran sebelah rumah? atau sebaliknya? Setiap orang sudah pastinya mempunyai alasan yang tersendiri. Pengasas sendiri menjadikan ianya hobi pada mulanya, dan ternyata hobi ini bermanfaat daripada melakukan perkara sia-sia yang lain. Bila dah banyak koleksi, bolehlah jadi peniaga pula kan, tidakkah perniagaan itu merupakan satu Sunnah?

Untuk pengetahuan semua, setiap batu atau kayu serta apa jua benda yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini ada khasiat dan kegunaan yang tersendiri. Tidak ada satu pun yang sia-sia. Jika anda semua lihat, kebanyakkan permata yang di jual di dalam blog pengasas ini tidak banyak disertakan dengan khasiatnya, KENAPA? Ini kerana, pengasas tidak ingin anda semua TERLALU TAKSUB kepada khasiat-khasiat yang dinyatakan. Apa yang dinyatakan sebenarnya bukanlah 100% betul dan tepat pun, kerana ianya terlalu SUBJEKTIF. Hanya mereka yang telah menggunakannya serta merasainya sendiri lebih tahu dan arif akan khasiat sesuatu permata itu. Ibarat seseorang yang mempunyai pengalaman meminum air kopi, sudah tentu dia lebih arif tentang rasa kopi berbanding dengan mereka yang belum pernah merasainya bukan? Dalam banyak-banyak permata pula, ada yang serasi dengan pemakai dan ada juga yang tidak. Tidak serasi mungkin boleh diibaratkan seperti sifat manusia antara manusia yg  lain tidak sama, begitu juga permata. Biasanya, jika tidak serasi permata tersebut mudah hilang ataupun si pemakai tidak merasai sebarang perubahan dalam diri selepas memakainya. Jadi carilah permata lain yang lebih sesuai.

Pengasas lihat, terdapat banyak blog-blog lain memaparkan khasiat sesuatu produk yang dijual mereka SECARA BERLEBIHAN, seolah-olah mereka menjual khasiat bukan menjual produk(batu-batuan tersebut) antaranya boleh jadi kebal la, boleh jadi kaya-raya la, boleh buat orang jatuh cinta la dan pelbagai lagi yang sesetengahnya tidak boleh diterima akal. Kalau boleh jadi kaya-raya, kenapa tidak mereka je yg guna batu tu, kenapa perlu dijual pula? Persoalannya, adakah mereka yang mencipta khasiat-khasiat tersebut? Seterusnya, adakah benar apa yang mereka nyatakan atau dakwakan itu? Jika tidak betul, bagaimana? Tidakkah itu dikira sebagai satu pembohongan? Itu juga salah satu sebab yang membuatkan pengasas amat berhati-hati apabila menulis tentang khasiat sesuatu batu atau barangan itu.

 Ingatlah, segala khasiat, dan kekuasaan itu milik Allah. Selagi kita yakin dan percaya kepada kekuasaan Allah, InshaAllah apa jua yang dilakukan menjadi. Pakailah batu-batuan dan cincin kerana NIAT mengikut Sunnah Rasulullah Salallahualaihi Wasallam selain sebagai perhiasan diri. Batu-batuan atau kayu hanyalah sebagai medium sahaja, ibaratnya sebagaimana kita menggunakan payung ketika hujan, jika tidak guna payung, maka akan basahlah diri kita. Paling penting dan utama sebagai seorang yg mengaku Islam, jagalah akidah supaya tidak tergelincir dari landasan iman. Syaitan itu amat licik, dan boleh menjadi lebih licik jika kita tidak berhati-hati dan lalai dalam menjalankan kewajipan kepada Allah.

Yang paling lucu ada beberapa pelanggan yang tanya, "kenapa jual murah sangat? Kat blog-blog lain dorang jual mahal? barang yang tuan jual ni tak asli ke?" Hehe..pengasas waktu tu gelak dalam hati je. Orang bagi murah, dia nak beli mahal pula..ish..ish Untuk pengetahuan semua, pengasas memperolehi permata terus daripada sumbernya, maksudnya tidak melalui orang tengah. Jadi dapatlah harga murah sikit berbanding jika membeli daripada pihak ke-2 @ pihak ke-3. Selain itu, pengasas tidak perlu membayar harga sewa kedai, upah pekerja, bil-bil itu dan ini sebab berniaga online sahaja, berbanding pekedai yg terpaksa mengeluarkan kos yg lebih bg perkara yg telah dinyatakan di atas. Sebab itulah pengasas boleh jual permata di sini dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. Nama blog pun permata murah sokmo, kat atas tu terang-terang dah tulis "MEMBANTU ANDA MEMILIKI PERMATA ASLI MAMPU MILIK, CANTIK DAN BERKHASIAT", jadi usahlah anda semua ragu-ragu kerana setiap permata yang pengasas jual di sini adalah permata ASLI, (yg tak jual orang asli je). Ini kerana, pengasas memperolehi permata daripada sumber-sumber yg dipercayai(sumber yg ada rekod penjualan di serata dunia), jika dorang kata asli maka pengasas berpegang pada kata-kata mereka(sambil uji juga dengan alat yg pengasas ada). 

Akhir kalam, manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini dan sebaik-baik kejadian. Usah meminta selain daripada Allah, kerana hanya Dialah sahaja tempat untuk kita meminta dan memohon. Manfaatkan apa jua yang Allah ciptakan demi kebaikan seluruh alam. Bukanlah sifat pengasas berceloteh panjang, sekadar mengingatkan diri ini jua yg terkadang alpa. Maaf andai ada kekurangan di dalam tulisan saat malam yang dingin ini. Wallahu A`lam.

P/S : Beberapa hari lagi pengasas akan uploadkan stok Delima Star(Delima Daging@Yakuk) sebagai penutup bagi tahun 2012 ini. Harganya murah-murah sokmo! tunggu...  

Sunday, 23 December 2012

TASBIH MARJAN HITAM ASLI - rare!







Tasbih Marjan Hitam / Black Coral Prayer Beads

Saiz biji tasbih : 8 * 12mm / 33 biji

Panjang : 40 cm

Tidak perlu diceritakan lagi berkenaan marjan hitam, umum sudah mengetahui akan khasiat dan fadhilatnya. Lihat dan nilai sendiri.

Limited Edition. 

Barang yang sukar didapati.

SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Saturday, 22 December 2012

BATU FAIRUZ IRAN (TORQUOISE) : SOLD OUT

Gambar diambil menggunakan "flash"

Tanpa "flash". Saiz bandingkan dengan syiling.

Bahagian bawah batu.

Batu yang cantik digilap sempurna.

"Pakaian" para Nabi dan Ulama`.
100% Natural Untreated Iranian Feroz
Permata Batu Fairuz asli dari Iran.
Batu cantik digilap sempurna, koleksi peribadi pengasas.
Fairuz merupakan batu pilihan pengasas kerana ianya merupakan batu Sunnah selain Akik.
 
*SOLD OUT

PENGASAS BERADA DI TERENGGANU

Alhamdulillah...selamat tiba di kampung halaman, Kuala Berang Terengganu. Buat sahabat yang berada di area Kuala Terengganu dan sekitarnya, bolehlah hubungi saya 017-9509589 untuk temujanji jika ingin melihat stok batu permata yang ada. Saya berada di sini sehingga khamis minggu hadapan 27 Disember 2012.

Friday, 21 December 2012

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN PENGASAS BLOG

21.12.2012 - Jumaat
Alhamdulillah..Syukur kepada Allah kerana masih memberikan ruang dan peluang buat diri ini untuk terus beribadah kepadaNya. Terima kasih juga buat semua sahabat atas ucapan dan doa buat diri ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
p/s: Saya masih "single", kalau ada anak dara tu sudi-sudilah untuk kenalkan kepada saya ye..hehe..(iklan)
Fb : http://www.facebook.com/WaFi2112
Sudi-sudilah jadi kawan ye. "List Friend" saya dah penuh, tapi boleh klik butang "Subscribe"
Salam Ukhwah.

Sunday, 16 December 2012

OCEAN JASPER - Rare!

Saiz bandingkan dengan syiling
Bawah batu
 Excellent Healing Stone.
Encourage a feeling of joy and elevated spirits! As they help you to release negative feelings, you feel more optimistic.

Read More : CLICK

HUKUM & CARA MEMAKAI CINCIN YANG BETUL

Berikut diterangkan cara-cara memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam oleh Ustaz Azhar Idrus.
1- PAKAI di Jari Manis & Jari Kelingking sahaja (Kiri boleh, Kanan pun boleh)
2- MAKSIMUM boleh pakai tiga bentuk cincin sahaja dalam satu masa.(Jangan pakai lebih daripada 3 bentuk dalam masa yg sama)
3- JANGAN pakai pada Ibu Jari, Jari Telunjuk dan Jari Hantu(Jari Tengah)

Link Berkaitan : KLIK

AKIK MERAH API NAMIBIAN - RARE! : SOLD OUT

Rasanya, belum ada lagi penjual di Malaysia yang menjual permata jenis ini. Batu ini hanya terdapat di Namibian(Republic of Namibian), Southern Africa dan ianya amat berharga di pasaran luar serta sukar didapati. Jadilah orang permata yang memilikinya.
Batu yang amat cantik. Saiz bandingkan dengan syiling.
Tembus cahaya dengan jalur dan urat batu jelas kelihatan, memberi nilai tambah pada batu ini
Natural Namibian Red Fire Agate
Batu akik merah api namibian unik kerana setiap potongan batu tidak akan sama antara satu sama lain kerana corak dan jalur yang terdapat padanya. Ibarat, setiap batu mempunyai identiti yang tersendiri.
Layak anda miliki sebagai koleksi peribadi atau hadiah kepada yg tersayang.
Bentuk : Cabochon(Permata Cincin&Loket)

*SOLD OUT

Friday, 14 December 2012

TOP BLOOD RED RUBY - DELIMA MERAH DARAH MERPATI (RR 04) : SOLD


Potongan "Scissor Cut"

Berat permata 6.24 Ct. Saiz 9.0 x 8.4 x 7.1mm
Saiz bandingkan dengan syiling
 Permata yang cantik, sukar mendapatkan permata delima merah darah merpati dengan potongan dan saiz sebegini.
Bentuk : Permata Cincin
Istimewa Disember : RM 170
*SOLD OUT

6 STAR SAPPHIRE-RARE! : Sold

Saiz 12 x 9.5 x 7mm, Berat 9.48Ct
Saiz bandingkan dengan syiling.

Memancarkan 6 bintang sempurna. Gambar diambil menggunakan flash kamera.


Harga pasaran bagi 6 star sapphire yang sempurna bintangnya agak tinggi. Pengasas bawakan khas kepada sahabat permata murah sokmo, batu permata 6 star sapphire, 100% semulajadi tanpa proses(untreated!) Efek star yang amat cantik, sesuai di buat cincin mahupun loket.
Di jual di bawah harga pasaran.
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

Thursday, 13 December 2012

JUALAN AKHIR TAHUN MURAH SOKMO!

CINCIN PERAK 925 SOLID BERTATAHKAN PERMATA PINK SPINEL & PERMATA SAPPHIRE PUTIH CEYLON ASLI!


SEBAGAI MENGHARGAI SAHABAT-SAHABAT PERMATA MURAH SOKMO, PENGASAS DENGAN INI MEMBERIKAN HARGA PALING MURAH BAGI SEBENTUK CINCIN BERHARGA INI, SEMPENA ISTIMEWA DISEMBER DAN PENUTUP TAHUN 2012. HARGA PASARAN BAGI CINCIN INI MENCECAH RIBUAN RINGGIT.
SESUAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN, 2-2 BOLEH PAKAI.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
SMS/CALL 017-9509589

KAYU MERAH JADI BATU (KJB 02) / Blood Red Petrified Wood Fossil


Umum ketahui, kayu mempunyai pelbagai khasiat yg tersendiri. Ini merupakan sejenis kayu merah yang telah menjadi batu, dipercayai berusia jutaan tahun.
***Telah dicanai ke bentuk permata cincin

Wednesday, 12 December 2012

CINCIN AKIK YAMAN MERAH DARAH (CAY 02) - RARE! : Sold

Red Blood Authethic Yemeni Agate
Apabila disuluh cahaya
 Untuk perhatian sahabat. Cincin batu Akik Yaman kategori rare, jenis yg sukar didapati dan berkualiti tinggi serta jenis warna yang amat dicari-cari oleh peminat Akik Yaman, (Merah Darah), selain daripada warna hitam. Cincin ini merupakan buatan tangan"Hand made" tukang mahir Yaman dan ianya 100% asli dari bumi bertuah Yaman. Cincin ini adalah ditempah, Alhamdulillah..telah selamat tiba di bumi Malaysia dan telahpun selamat di pos kepada pemiliknya. Pengasas tidak membawa masuk Cincin Akik Yaman dalam kuantiti yg banyak kerana harganya yang tinggi dipasaran. Namun jika ada sahabat yg berhajat untuk memiliki Cincin Akik Yaman yang lain(Jenis Pancawarna, Warna Hitam, Warna Biru, Warna Kuning, dll,) sila hubungi pengasas untuk tempahan.