Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday, 24 October 2012

CINCIN PERMATA ETHIOPIAN OPAL : Sold






Permata asli semulajadi, untreated! Cincin wanita, permata yang amat popular di Eropah dan harganya amat tinggi. Permata mempunyai api yang kuat serta warnanya yang berubah-ubah(refleks cahaya). Lihat dan nilai sendiri. Di jual bawah harga pasaran. Cincin saiz 14.
Hubungi jika berminat

Info berkaitan : KLIK

MARJAN

Permata Marjan Merah Asli, Untreated! Sesuai untuk dijadikan Cincin dan Loket wanita.

Ini merupakan sejenis marjan merah, tapi bukan jenis corallium rubrum. Kalau corallium rubrum harga mahal bro.
Hubungi pengasas jika berminat.

PREVIEW : MOLDAVITE

Permata Moldavite Meteorite Tektite. "Pembuka Cakra/Energy." Klik pada video di bawah.


p/s: Superman pun kalah dengan batu ni :-)

Moldavite merupakan sejenis meteorite kategori tektite berwarna hijau. Batu ini amat terkenal di Eropah serta seluruh dunia dan harganya agak tinggi. Ia dikatakan jatuh di sebuah kawasan bernama Czech Republic jutaan tahun yang lampau dan dikatakan Moldavite ini hanya terdapat di sana sahaja. Berdasarkan kepada testimonial pengguna yang telah menggunakan batu permata ini, terdapat pelbagai kelebihan semulajadi yang terkandung padanya yang boleh memberikan manfaat kepada manusia. Antaranya membangkitkan tenaga dalaman yang selama ini tersembunyi. Yang istimewanya lagi, ia merupakan salah satu daripada High Crystal Energy Stone! Sebab itulah ianya menjadi buruan oleh mereka yang tahu akan khasiatnya.
Link : HIGH CRYSTAL ENERGY STONE

**Permata ini telah dijadikan cincin : LINK 

Monday, 22 October 2012

CINCIN PERMATA NATURAL BLUE ZIRCON :Sold


Cincin ikat perak 925


Permata Zircon asli sukar didapati

Berat Permata : 1.25 carat
Berat Keseluruhan (cincin + permata) : 2.8 gram
Dimensi : 6x6mm
Warna : Biru
Clarity : VVS
Origin : Africa

*Info : Zircon merupakan permata asli, manakala permata yang sering digunakan untuk menggantikan berlian yang banyak diikat bersama cincin dikenali sebagai Cubic Zirconia(CZ)-sintetik.

Saturday, 20 October 2012

PEDANG RASULULLAH

Pahit getir perjuangan menegakkan dan mempertahankan kesucian agama Islam.
Inilah antara gambar pedang-pedang yang dimiliki Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam.
Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda.
Mudah-mudahan kita semua mendapat syafaat daripada baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam di Akhirat kelak..Insyallah.





Natural Brazilian Honey Chocolate Fire Opal : SOLD

Sejenis Batu Opal Coklat..yang ni coklat yang tak boleh dimakan..

Berat 806 carat
Bentuk "Raw"
Boleh canai ke dalam bentuk permata cincin dan loket
Batu dari Brazil.
RM 120
Hubungi jika berminat

info: Opal ada banyak jenis, ada Black Opal, Australian Opal, Euthiophian Opal, Boulder Opal, Honey Chocolate Opal, Green Opal, dan sebagainya. Yang tak ada "Opal Gangnam" je.

Kayu Jadi Batu(KJB 01) - Petrified Wood Fossil : Sold

Fosil 1. Sejenis kayu merah

Berusia ribuan, mungkin jutaan tahun

Fosil 2. Kulit kayu berwarna puth

Terbentuk secara semulajadi.
Kayu jadi batu (Fosil)
Lihat dan nilai sendiri
Allah kata "Kun Fayakun" "Jadilah" Maka ianya terjadi..
Boleh buat banyak permata cincin dan loket
Untuk dijual..murah..murah..
RM 140 untuk semua di atas (Ada 2)
Hubungi segera jika berminat.

Friday, 19 October 2012

PERMATA BESI KURSANI PUTIH GRED A (BKP 1) : SOLD OUT

KILAUANNYA SAMPAI NAMPAK BAJU PENGASAS WARNA BIRU..HEHE...

NAH..UNTUK WIRA-WIRA TEMPUR SEKALIAN....
BESI KURSANI PUTIH GRED PALING TERBAIK!
PERMATA SOLID DAN MANTAP!
LEKAT MAGNET YANG AMAT KUAT!
SUKAR DIDAPATI KURSANI PUTIH GRED PALING TERBAIK.
HARGA PASARAN UNTUK PERMATA SEPERTI INI MENCECAH RM SERIBU LEBIH BRO BILA DAH SIAP BUAT CINCIN...
TAK CAYA SILA TANYA PADA YANG PAKAR, JANGAN TANYA PADA PAKAR PUTAR BELIT!
HUBUNGI JIKA BERMINAT.

*SOLD OUT

Sunday, 14 October 2012

PERMATA 6 STAR SAPPHIRE



Permata asli 6 bintang perfect apabila dipantulkan cahaya. Permata asli semulajadi.(Untreated/unheated!)
RM 90

PERMATA BOULDER OPAL




Warna efek daripada batu, ada tompokan biru dan hijau. Indah bila kena cahaya
RM 110

AMMONITE - RARE



Link berkaitan : KLIK

Sunday, 7 October 2012

Preview : Marjan Biru Asli (Very Very Rare)

Marjan Biru(Blue Coral) merupakan kategori marjan yang amat-amat sukar didapati, sebagaimana Marjan Merah(nama saintifiknya Coralliun Rubrum) dan Marjan Hitam(Black Coral). Ianya merupakan sejenis permata organik(hidupan dasar laut). Kebanyakkan marjan ini ada bentuknya yang tersendiri. Ia mempunyai bulatan bercorak yang mengelilinginya dan terdapat bentuk hati pada bahagian tertentu. Oleh kerana tekstur dan lusternya yang teramat cantik, ianya menjadi pilihan untuk dibuat barangan kemas. Tumbesarannya amat perlahan, iaitu kira-kira 30-40mm dalam masa 20 tahun. Untuk 1 kg marjan biru, ianya mengambil masa selama 300 tahun! Oleh sebab itulah ianya termasuk dalam salah satu permata yang paling sukar didapati(One of the rarest gemstones). Marjan Biru ini pada mulanya dijumpai di selat Taiwan dan kepulauan Jepun. Ia juga terdapat di barat selat Africa, namun kini ianya telah berkurangan.


Jangan lepaskan peluang untuk memiliki salah satu daripada jenis permata yang paling sukar didapati ini yang sudah pasti mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

Antara khasiat yang dikaitkan dengan Marjan:
1.Penolak sihir dan guna guna.
2.Pendinding anak anak dari macam macam penyakit.
3.Pelindung dari niat jahat..(habitat marjan di dasar laut menjadi pelindung bagi haiwan-haiwan kecil dari pemangsa)
..dan pelbagai lagi khasianya yang tersembunyi..Wallahu A`lam.
Semuanya berlaku dengan izin Allah jua....

p/s: Pengasas hanya menjual permata, bukan menjual khasiat, segala khasiat milik Allah jua...

Friday, 5 October 2012

Permata Nilam Biru Asli 43.50 Ct - Sold

43.50 Cts Finest Natural Africa Blue Sapphire
Bahagian Depan Permata

Belakang Permata
Saiz bandingkan dengan syiling
Natural Sapphire
Berat : 43.50 Carats
Saiz : 23mm x 17mm x 12mm
Origin: Afrika

Agak sukar memperolehi permata nilam biru kerana harga yang tinggi di pasaran.
Nilam biru merupakan permata yang amat diminati oleh golongan hawa.
Permata yang cantik bersinar dan bersaiz besar. Amat sesuai diikat loket.
Dijual bawah harga pasaran.
Hubungi jika berminat.

Wednesday, 3 October 2012

PERMATA AMMOLITE/AMMONITE (KOD AMM 03) : SOLD

GAMBAR YANG DI ZOOM. SAIZ PERMATA 10 X 8 MM
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING
AMMONITE : PERMATA PALING RARE DI DUNIA!
*Terima kasih Tn Jason, KL.

PERMATA AMMOLITE/AMMONITE (KOD AMM 02) : Sold


SAIZ PERMATA KECIL SAHAJA 11 X 9 MM. GAMBAR DI "ZOOM" JADI NAMPAK BESAR SUPAYA DAPAT LIHAT DENGAN JELAS.

(KOD AMM 02)
Inilah permata paling rare di dunia. Sesuai dibuat permata cincin dan loket.
Sila hubungi jika berminat.

Monday, 1 October 2012

PREVIEW : Akik Yaman Wulung / Akik Yaman Hitam Asli

Batu yang amat di cari oleh peminat Batu Akik. Batu warna hitam pekat, apabila disuluh cahaya akan mengeluarkan warna merah pekat. Batu jenis ini amat sukar didapati dan dicari-cari oleh peminat batu akik.
Batu Hitam Pekat

Apabila disuluh cahaya lampu, isi batu memancarkan warna merah pekat.

*Sekadar tatapan