Bismillahirrahmanirrahim....
Sebagai seorang muslim, kita
mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada
sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah
dan tiada suatupun yang bisa membawa mudarat melainkan dengan izin Allah
jua. Pemakaian dan penggunaan batu permata ataupun apa saja benda-benda yang
mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan
tetapi mestilah benar-benar / sungguh difahami dan yakin akan hakikat
penggunaan / pemakaiannya.
Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara / usaha / ikhtiar untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk menyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa
saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak
sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga
batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya
masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat
mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa batu-batu tersebut
tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan /
keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah
milik Allah.
Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya
kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh
tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam
cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap di atas jalan
Allah..Aamiin - Wallahu A`lam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.