Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Sunday 17 April 2016

BATU PETIR HALILINTAR ASLI : SOLD OUT

Memandangkan terlalu banyak permintaan bagi permata Petir Halilintar asli, pengasas akhirnya akur untuk mencanai sebahagian dari koleksi peribadi ke bentuk permata cincin. Untuk pengetahuan sahabat, batu petir halilintar asli(jenis kuningan sari) yang pengasas jual kini menghampiri kehabisan stok, mungkin buat selamanya kerana guru pengasas yang membekalkan batu ini telah meninggal dunia tahun lepas. Jadi, untuk tidak menghampakan sahabat sekalian, pengasas telahpun menghantar separuh batu ini untuk dicanai kebentuk permata cincin.
BATU PETIR HALILINTAR ASLI ADA BESI KUNING DI DALAM. SEPARUH BATU INI DALAM PROSES DICANAI KE BENTUK PERMATA CINCIN. SEPARUH LAGI SIMPANAN PERIBADI PENGASAS.
 Akan datang pengasas akan kongsikan rupa terkini permata petir halilintar yang pengasas sendiri pakai daripada warna asalnya hitam, kini berubah sebahagian menjadi warna silver(perak)..semuanya dengan izin Allah.

*SOLD OUT

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.