Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Thursday, 27 April 2017

PERMATA ZULTANITE ASLI 8.5CARAT - RARE!

COLOUR CHANGE! BATU BERUBAH WARNA MENGIKUT KEADAAN CAHAYA!
Rm680
Sms/whatsapp/call 0179509589 jika berminat

Monday, 24 April 2017

PERMATA IMPERIAL TOPAZ ASLI 21 CARAT TOP GRADE! : SOLD OUT

Permata Imperial Topaz asli 100% tanpa sebarang treatment atau proses padanya. Potongan batu millenium cut yang amat berharga. Permata dari Brazil ini amat cantik dan indah untuk dijadikan permata cincin mahupun loket. Gred batu paling tinggi dalam kelasnya. Dijual bawah harga pasaran.

*SOLD OUT

Monday, 17 April 2017

PERMATA TAPAK JALAK ASLI TOP GRADE! - RARE!

JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERMATA ASLI TAPAK JALAK URAT TEMBUS CAHAYA, INILAH DIA PERMATA YANG SEBENARNYA. PERMATA TAPAK JALAK ADALAH DATANG DARI KELUARGA BATUAN JENIS JASPER. URAT PADA PERMATA INI ADALAH 100% ASLI DAN SEMULAJADI, BUKAN CANTUMAN ATAU BUATAN MANUSIA. IA SUKAR DIDAPATI DAN SENTIASA MENJADI BURUAN KOLEKTOR BATU PERMATA.

CINCIN PERMATA AZURITE ASLI TOP GRADE!

WARNA PADA PERMATA BEGITU MEMUKAU..AZURITE, GABUNGAN UNSUR SEMULAJADI BEBERAPA JENIS MINERAL DALAM SATU PERMATA SEPERTI MALACHITE, CHRYSOCOLLA DAN TURQUOISE

PERMATA FIRUS PERSIA ASLI!

WARNA BIRU LANGIT YANG TERANG DAN CANTIK! SESUAI DIJADIKAN KOLEKSI

Sunday, 16 April 2017

ZULTANITE...RARE GEMSTONE!

Zultanite pertama kali pengasas blog lihat terus dan jatuh hati. Mana taknya warnanya cukup memukau pandangan apabila disuluh dengan lampu/kena cahaya lampu dan ia merupakan permata terbaru yang paling menarik era kini kerana banyak faktor. Permata pertama dibentuk pada lewat 70an, zultanite merupakan permata yang sangat unik dan sukar didapati (very rare) kerana kecantikannya dan ia mampu untuk berubah warna(colour change) dari warna asal iaitu hijau-kuning/hijau kiwi/hijau limau/hijau olive kepada merah/merah pink. Untuk pengetahuan,Zultanite merupakan diaspore(mineral diaspore yang paling berkualiti) dan setakat ini zultanite asli paling berkualiti hanya boleh didapati di pergunungan Anatolia, Turki di atas ketinggian 1000 meter. Ia mula terkenal setelah dipertunjukkan di Tucson pada pameran batu permata.
KECANTIKAN DAN KILAUAN BATU PERMATA ZULTANITE YANG MEMUKAU


Berdasarkan keunikkan batu yang berubah warna, Zultanite dinamakan(diberi jenama) oleh pemilik sah deposit tempat galian batu asal ini iaitu lelaki bernama Murat Akgun sempena nama Sultan Ottoman yang agung sebagaimana nama permata Alexandrite juga dinamakan sempena nama pembesar Russia. Nama Zultanite ini adalah sebagai jenama baru(branding) bagi permata Diaspore yang paling berkualiti bagi strategi pemasaran. Jika dibandingkan antara permata Alexandrite dengan Zultanite, dari segi penghasilan semulajadi, Zultanite jauh lebih unik dan sukar didapati(rare). Ini kerana Zultanite hanya terdapat di sebuah negara berbanding Alexandrite yang boleh didapati di 7 buah negara. Berbeza dengan permata lain, Zultanite adalah 100% asli tanpa sebarang proses padanya(no treatment), tidak dipanaskan(no heat), tidak di radiasi(radiation), tidak dimasukkan kaca(fillers) atau lain-lain proses mencantikkannya. Kebanyakkan permata lain kelihatan cantik kerana proses yang dikenakan padanya termasuklah proses setelah ia dicanai dan dibentuk.
PERBANDINGAN ANTARA ALEXANDRITE(KIRI), DAN ZULTANITE(KANAN)

Zultanite adalah permata yang stabil pada skala kekerasan 6.5-7.0. Kecantikan asli Zultanite, juga kerana indeks reflektif yang tinggi 1.7(high refractive index 1.7) dan konsistensi dipotong cantik, sentiasa menjadikannya menakjubkan dan berbeza. Walau dalam cahaya yang malap, Zultanite tetap berkilau berdasarkan potongannya dan dalam cahaya yang lebih tinggi ia akan menunjukkan pancaran pelbagai warna-warni yang memukau pandangan. Semakin besar saiz permata, maka semakin mahal harganya bergantung kepada potongan batu, warna dan keupayaan permata tersebut bertukar warna. Permata bersaiz 3 carat ke atas dikira rare. Zultanite merupakan permata yang bertukar warna. Pada hari siang, permata ini biasanya kelihatan warna asal iaitu hijau-kuningl hijau kiwi ke hijau limau. Tetapi apabila bergerak ke kawasan kurang cahaya atau cahaya lilin, Zultanite akan berubah sedikit demi sedikit daripada champage ke cinamon, peach dan kadangkala cherry pink. Warna ini biasanya boleh dilihat menggunakan lampu suluh atau lampu fluorescent.

ZULTANITE BENTUK MENTAH(ROUGH) DAN SELEPAS DIBENTUK


Dari segi penjagaan, setiap permata berharga perlu dijaga sebaiknya dengan tidak memakainya ketika melakukan aktiviti lasak seperti bersukan, membasuh pakaian, berkebun, membasuh kereta dan lain-lain aktiviti kerana dikhuatiri ia akan tercalar atau pecah jika terhantuk. Untuk membersihkan permata, boleh guna air bersabun dan berus lembut. Simpan permata pada suhu bilik biasa dan elakkan memakainya pada suhu yang melampau(contohnya suhu sejuk ke panas secara tiba-tiba). InsyaAllah jika ada sahabat yang berminat dengan permata ini boleh menghubungi pengasas blog kerana pengasas blog ada pembekal yang boleh membekalkan permata ini terus dari Turki ke Malaysia, cuma sediakan wang yang besar kerana harga permata ini agak mahal.

FAQ : Q1.Apa perbezaan antara Zultanite dan Diaspore?
J : Kesimpulan, permata ini adalah sama dari segi mineral, yang berbeza hanya kualiti. Diaspore paling berkualiti sahaja dipanggil Zultanite kerana hanya didapati di Turki(origin Turkey), manakala diaspore dari negara lain, asal(origin) dari negara lain selain Turki tidak boleh dipanggil Zultanite.

Q2 : Adakah permata ini mahal?
J : Ya, harga permata ini mahal kerana pada awalnya ia dicanai dan dibentuk hanya untuk pengumpul batu sahaja(collector), namun kini ia diminati oleh pelbagai peringkat usia. 
 Selain itu keunikkan dan kecantikkannya yang menjadi buruan. Walau bagaimanapun, ada juga yang berharga mampu milik(jika diambil terus dari pembekal deposit batu di sana) tanpa melalui orang tengah.

Q3 : Dimanakah asal(origin) permata ini?
J : Pergunungan Anatolia, Turki

Q4 : Adakah permata ini dikenakan sebarang proses(treatment) untuk mencantikkannya?
J : Tidak. Permata ini adalah 100% asli tanla sebarang proses. Walau bagaimanapun pembeli harus berhati-hati kerana ada juga permata yang dijual di Turki adalah sintetik(batu yang diproses mirip zultanite) dan dijual dengan harga Zultanite.

Q5 : Jika dibuat sijil(cert), adakah akan keluar nama Zultanite?
J : Mungkin Ya & Mungkin Tidak. Kerana nama yang diberi oleh saintis adalah Diaspore. Zultanite nama baru yang diberi oleh pemilik asal deposit ini di Turki kerana hanya di sana sahaja terdapat mineral diaspore yang paling berkualiti. Selalunya gemologist akan guna nama diaspore.

Q6 : Jika tidak, kenapa diberi nama Zultanite?
J : Seperti yang dimaklum di atas(dalam artikel), nama Zultanite adalah jenama(branding) kepada permata diaspore yang paling berkualiti. Nama ini digunakan untuk strategi pemasaran.

Q7 : Jika saya berminat untuk memiliki permata ini, bagaimana caranya?
J : Hubungi pengasas blog 017-9509589(whatsapp), ikut budget dan citarasa potongan serta size batu permata yang anda inginkan, pengasas blog boleh usahakan insyaAllah.

Sunday, 9 April 2017

KOLEKSI PERIBADI UNTUK DIMAHARKAN : CINCIN PERMATA MUSTIKA JALA SUTRA ASLI URAT TAPAK JALAK! - RARE!

CINCIN PERMATA MUSTIKA JALA SUTRA ASLI URAT TAPAK JALAK!

Permata ini unik kerana gabungan antara unsur batu dan besi(uratnya) semulajadi dalam satu permata ini menjadikan ianya istimewa dan unik. Permata ini adalah 100% asli semulajadi bukan buatan manusia tetapi ciptaan Allah. Sangat jarang didapati mustika jala sutra tapak jalak semulajadi seperti ini. Permata diikat cincin perak 10(perak paling berkualiti) buatan tangan oleh tukang terengganu dan size cincin boleh laras. Mengikut kepercayaan sahabat dari seberang(indonesia), mustika jala sutra ini mempunyai pelbagai khasiat semulajadi(boleh google).
SMS/Whatsapp/Call 017-9509589 jika berminat

Baca berkenaan batu ini : KLIK

CINCIN PERMATA ROYAL BLUE SAPPHIRE CEYLON ASLI(NILAM BIRU CEYLON!) 100% ASLI TANPA SEBARANG TREATMENT! : SOLD OUT

WARNA BIRU PERMATA YANG CANTIK DAN MEMUKAU. PERMATA ADALAH 100% ASLI UNHEATED! SUKAR UNTUK MENDAPATKAN PERMATA NILAM BIRU TANPA SEBARANG PROSES PADANYA.
SIJIL KEASLIAN DARI AGL

PERMATA SEBELUM DIIKAT CINCIN. JIKA DILIHAT DARI DEKAT TERDAPAT URAT BATU SEMULAJADI DI DALAMNYA. BERAT PERMATA ADALAH 1 CARAT
CINCIN PERMATA NILAM BIRU CEYLON ASLI 1 CARAT 100% UNHEATED!

Jika anda seorang peminat permata nilan biru asli, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan cincin permata nilam biru ceylon(sri lanka) yang cantik ini. Permata nilam biru dari ceylon adalah permata terbaik dunia.Mengikut sejarah, permata nilam biru telah lama dipakai oleh pembesar-pembesar, terutamanya Raja. Antara pembacaan pengasas, antara Raja yang teragung memakai permata nilam biru adalah Raja Sulaiman(King Solomon) sebagai permata cincin. Semakin lama permata jenis ini semakin sukar didapati terutamanya permata yang tidak dikenakan sebarang proses padanya(unheated/untreated). Jadikan ianya pelaburan yang menguntungkan pada masa hadapan kerana harganya semakin tinggi. Permata nilam biru ini diikat cincin perak aloi asli 100% buatan tangan tukang kelantan. Sesuai untuk pertunangan/perkahwinan mahupun koleksi berprofil tinggi.
Dijual bawah harga pasaran

* SOLD OUT
*sijil keaslian diberikan bersama cincin ini


Saturday, 8 April 2017

PERMATA PINK RUBELITE TOURMALINE ASLI 5.5 CARAT! 100% UNHEATED!

Terdapat urat batu semulajadi di dalam batu
PERMATA PINK RUBELITE TOURMALINE ASLI 6.5 CARAT

Ukuran : 17 x 8 x 5mm
Potongan : Oval
Treatment : None(100% natural)
Origin : Afghanistan
Luster : Good
Cut Grade : Good
Permata tourmaline ini lebih cantik jika dilihat depan-depan. Jenis permata ini masih belum banyak dijual oleh kebanyakkan penjual terutama size sebegini lantaran harganya yang tinggi di pasaran. Sangat sesuai dijadikan permata cincin mahupun loket. Lebih cantik selepas diikat samada dengan perak atau emas.Mengikut kajian, permata tourmaline salah satu permata yang digunakan untuk penyembuhan(healing) dari perkara-perkara negatif dalam badan. Selain itu, ia membantu mengatasi stress dan trauma selain sistem pencernaan dan menguatkan tulang. Dijual bawah harga pasaran.
RM 650
SMS/Whatsapp/Call 0179509589 jika berminat

Friday, 7 April 2017

PERMATA PINK RUBELITE TOURMALINE ASLI 6.5 CARAT!

PERMATA PINK RUBELITE TOURMALINE ASLI 6.5 CARAT

Ukuran : 12 x 11 x 6mm
Potongan : Cushion
Treatment : None(100% natural)
Origin : Afghanistan
Luster : Good
Cut Grade : Good
Permata tourmaline ini lebih cantik jika dilihat depan-depan. Jenis permata ini masih belum banyak dijual oleh kebanyakkan penjual terutama size sebegini lantaran harganya yang tinggi di pasaran. Sangat sesuai dijadikan permata cincin mahupun loket. Lebih cantik selepas diikat samada dengan perak atau emas.Mengikut kajian, permata tourmaline salah satu permata yang digunakan untuk penyembuhan(healing) dari perkara-perkara negatif dalam badan. Selain itu, ia membantu mengatasi stress dan trauma selain sistem pencernaan dan menguatkan tulang. Dijual bawah harga pasaran.
RM 600
SMS/Whatsapp/Call 0179509589 jika berminat