Maaf tak sempat nak masuk blog dah habis disambar orang. InsyaAllah dalam proses mencari stok terbaru.
Assalamualaikum & Selamat Datang..
Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam
Wednesday, 20 August 2014
Sunday, 17 August 2014
AKIK YAMAN HITAM ASLI DARI BUMI BERTUAH YEMEN - RARE! : SOLD OUT
AKIK YAMAN HITAM ASLI DARI YEMEN
Ukuran : 21 x 16 x 7mm
Warna : Hitam Biji Kopi
Jenis ini amat dicari-cari oleh peminat batu akik yaman. Batu adalah top grade tanpa sebarang calar mahupun retak. Terdapat 3 corak jalur lurus semulajadi yang unik pada bahagian atas batu yang hanya nampak apabila disuluh dari bawah batu. Sesuai dijadikan permata cincin sebagai koleksi mahupun hadiah buat yang tersayang. Harga pasaran mencecah RM1k dan ke atas. Dijual pada harga yang amat istimewa kepada sahabat blog permatamurahsokmo.
*SOLD OUT
Wednesday, 13 August 2014
CINCIN AKIK YAMAN MERAH ASLI TOP GRADE : CRAFTED IN YEMEN : SOLD OUT
CINCIN AKIK YAMAN MERAH ASLI TOP GRADE DARI YEMEN
Jenis batu yang amat dicari-cari dan harganya yang tinggi di pasaran lantaran kesukaran mendapatkannya pada masa kini. Cincin adalah buatan tukang di Yemen. Corak cincin menarik cuma perak yang digunakan lebih nipis berbanding perak tempatan. Warna hitam pada cincin juga akan hilang jika cincin ini dicuci. Ia hanyalah sekadar hiasan untuk menaikkan seri pada cincin. Lihat dan bandingkan kualiti dengan harga yang ditawarkan. Dijual bawah harga pasaran bagi kualiti terbaik seperti ini.
*SOLD OUT
*SOLD OUT
PERMATA KECUBUNG ASLI
Alhamdulillah..stok terbaru batu kecubung asli dari afrika. Saiz besar dan sesuai untuk dijdikan permata cincin samada untuk koleksi mahupun dijual. Harga adalah jauh lebih murah dari harga pasaran.
Batu 1 |
Batu 2 |
Batu 3 : SOLD OUT |
Batu 4 : SOLD OUT |
RM 70 sebiji termasuk poslaju,
SMS/Call 017 9509589 jika berminat
Saturday, 9 August 2014
AKIK HITAM ASLI : SOLD OUT
AKIK HITAM ASLI..JENIS AKIK SULAIMAN
Mempunyai jalur corak putih semulajadi yang menarik.
Corak ini berbeza-beza bagi setiap batu.
Saiz syiling 5 sen, sesuai dijadikan permata cincin untuk jari kelingking.
Semua batu telus cahaya
*SOLD OUT
Semua batu telus cahaya
*SOLD OUT
Wednesday, 6 August 2014
BATU BADAR BESI MERAH ASLI ROUGH(BENTUK ASLI BELUM CANAI) - RARE! : SOLD OUT
BATU BADAR BESI MERAH ASLI - ROUGH
Untuk dimaharkan, sebiji batu badar besi merah asli bentuk mentah(rough) yang belum dicanai. Batu ini apabila dicanai akan mempunyai warna hitam dan merah(sila rujuk gambar batu besi badar merah yg telah dijual). Jika tidak ingin dicanai, ia juga sesuai disimpan begini sahaja kerana bentuknya yang unik dan menarik. Batu ini melekat pada magnet.
Hubungi pengasas jika berminat.
Hubungi pengasas jika berminat.
*SOLD OUT
Sunday, 3 August 2014
GELIGA PUSAR BUMI - RARE! : SOLD OUT
GELIGA/BATU PUSAR BUMI ASLI
Ini antara koleksi unik yang pengasas perolehi daripada seorang sahabat yg bertaraf guru. Geliga/batu pusar bumi ini adalah sejenis mineral semulajadi yang dijumpai di dalam kawasan sungai berdekatan gunung berapi. Bentuk bulatnya adalah semulajadi dan bukannya dibentuk mahupun dicanai. Antara kelebihannya adalah ianya tidak akan pecah mahupun retak atau serpih jika dibaling pada dinding mahupun diketuk dengan batu lain..memang kebal batu ini.
*SOLD OUT
*SOLD OUT
Friday, 1 August 2014
CINCIN PERMATA AKIK YAMAN SULAIMAN ASLI - RARE! : SOLD OUT
CINCIN PERMATA AKIK YAMAN SULAIMAN ASLI - CRAFTED IN YEMEN
Batu yang unik, dengan 3 lapisan warna iaitu putih, krim dan ungu.
Cincin ini 100% di bawa masuk dari Yaman dan dibuat di sana.
Corak cincin ini cantik, walau bagaimanapun cincin perak ini nipis berbanding cincin perak yang dibuat di Malaysia. Sesuai dijadikan koleksi peribadi mahupun hadiah buat yang tersayang.
Dijual bawah harga pasaran
*SOLD OUT
*SOLD OUT
CINCIN PERMATA BLACK OPAL ASLI TOP GRADE! : SOLD OUT
CINCIN PERMATA BLACK OPAL ASLI
Black opal adalah termasuk dalam kategori permata berharga"precious gemstone" sebagaimana permata delima dan zamrud. Harganya juga amat tinggi di pasaran dan bertambah sukar didapati memandangkan kerajaan ethiopian kini mengawal pengeluarannya. Untuk dijual, cincin permata black opal asli. Batu adalah 100% tanpa treatment(unheated). Kebanyakkan opal yang dijual di pasaran adalah jenis "heated". Permata ini mempunyai api yang cantik dan kuat apabila terkena pantulan cahaya. Mempunyai pelbagai warna padanya. Sesuai dijadikan koleksi berprofil tinggi.
Dijual bawah harga pasaran
*SOLD OUT
Subscribe to:
Posts (Atom)