Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Wednesday, 29 January 2014

KECUBUNG WULUNG ASLI BRAZIL - RARE! : SOLD OUT

KECUBUNG WULUNG..MENJADI BURUAN KOLEKTOR BATU
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING
ISI BATU
PERMATA KECUBUNG WULUNG ASLI (BRAZIL)
Batu yang amat dicari oleh kolektor dan penggemar permata kecubung
Wulung bermaksud gelap/hitam
Amat sukar diperolehi & harganya tinggi di pasaran
Sesuai dijadikan permata cincin samada untuk koleksi mahupun hadiah
Dijual bawah harga pasaran

TUNGGU....

PERCUMA SPESIMEN BATU KECUBUNG ASLI DARI BRAZIL!
BATU KECUBUNG BENTUK ASAL(MENTAH) BELUM DICANAI

Jadi anda akan mendapat 2 batu dalam satu harga!


*SOLD OUT

Sunday, 26 January 2014

PERMATA KAYU KELOR JADI BATU ASLI - RARE! : SOLD OUT

ASLI..KAYU KELOR JADI BATU!
CORAK 3 WARNA SEMULAJADI ASLI MENARIK PADANYA IAITU COKLAT, PUTIH DAN HITAM
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING

PERMATA KAYU KELOR JADI BATU
Unik dan menarik..itulah keindahan ciptaan Allah. Bayangkan daripada asalnya kayu lalu bertukar menjadi batu sudah tentu mengambil masa ribuan tahun. Namun kuasa Allah apa-apa pun boleh berlaku, semuanya dengan izinNya. Kayu Kelor mungkin tidak perlu pengasas ceritakan lagi kerana umum sudah tahu akan manfaatnya. Ambillah manfaat daripada setiap apa yang Allah ciptakan. Sesuai dijadikan permata cincin mahupun loket. 
Dijual bawah harga pasaran.
*SOLD OUT

NATURAL TOP GRADE PEACOCK TURQUOISE (FAIRUS MERAK ASLI) - RARE! : SOLD OUT


MEMPUNYAI CORAK YANG UNIK DAN CANTIK

BAWAH BATU
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING

JARANG-JARANG ADA
Nama sebenar permata ini adalah Permata Fairus Burung Merak asli(Natural Top Grade Peacock Turquoise) - rare item. Merupakan batu kualiti terbaik 100% asli tanpa sebarang proses @ treatment padanya. Batu jenis ini boleh dikatakan tidak masuk pasaran Malaysia sebelum ini dan di import dari Nevada, USA. Permata mempunyai corak yang cantik dan menarik. Amat sesuai dijadikan koleksi istimewa sebagai permata cincin lelaki. Jangan lepaskan peluang memiliki permata indah ini. 
Dijual bawah harga pasaran.
*SOLD OUT

Friday, 24 January 2014

PERMATA ZAMRUD ZAMBIA ASLI - EMERALD CUT : SOLD OUT

100% ASLI TANPA SEBARANG TREATMENT PADANYA
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING
WARNA HIJAU YANG CANTIK
NATURAL UNHEATED ZAMBIAN EMERALD
PERMATA ZAMRUD ZAMBIA ASLI 3.12Cts
Warna hijau yang cantik, amat sesuai diikat cincin bertatahkan berlian/batu kecil keliling batu.
Ukuran : 8.83 x 7.52 x 6.15
Berat : 3.12 cts
Clarity : SII
Treatment : None
Origin : Zambia
Dijual bawah harga pasaran
*SOLD OUT

PERMATA FOSIL MARJAN MERAH ASLI - RARE! : SOLD OUT


NATURAL GENUINE UTAH RED HORN CORAL 16.25Cts

PERMATA FOSIL MARJAN MERAH ASLI
Mempunyai corak yang menarik dan unik, berlainan antara satu sama lain.
Sukar didapati dan harganya yang tinggi.
Amat sesuai dijadikan koleksi. 
Berusia jutaan tahun.
 Ukuran 20.22 x 15.10 x 5.7 mm
Bentuk : Permata Cincin
Dijual bawah harga pasaran
*SOLD OUT

PERNIAGAAN KEMBALI SEPERTI BIASA..

 Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan hambaNya. Hari ini adalah hari kedua pengasas berada di Sarawak secara rasmi. Semalam telah selesai melapor diri bertugas di SMK Kanowit, Sibu Sarawak. Maka bermulalah perjalanan hidup di Sarawak..









Syukur juga di kawasan Kanowit terdapat pejabat pos dan kemudahan lain yang membolehkan urusan penghantaran barang dilakukan. Ia juga tidak ubah seperti kampung halaman pengasas di Terengganu iaitu kawasan luar bandar. Doakan semoga pegasas berjaya mendidik anak bangsa dengan cemerlang.

Sunday, 19 January 2014

CARA CUCI CINCIN PERAK DENGAN KOS RM 0.00

Memandangkan terlalu ramai sahabat bertanya bagaimana nak cuci cincin perak supaya putih dan berseri, jadi di sini pengasas kongsikan dengan sahabat semua cara yang paling mudah dan jimat nak cuci cincin perak korang. Cincin perak biasalah, lama kelamaan apabila dipakai ia juga akan menjadi malap dan kusam. Ia seumpama diri manusia perlu mandi supaya kelihatan bersih, begitulah juga cincin pada jari korang tu. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1.UBAT GIGI
2.BERUS GIGI
*Tambahan... KESABARAN DAN KEGIGIHAN

Semua ni boleh dikatakan tak perlu beli, korang pergi tengok je kat bilik air masing-masing mesti ada bahan ni. Cuma yang bertanda * tu je yang perlu ada dalam diri masing-masing.

UBAT GIGI..APA-APA PERISA PUN BOLEH..LEBIH BAIK JENIS YANG PUTIHKAN GIGI

Caranya, letakkan ubat gigi pada perak, letakkan sedikit air kemudian terus gosokkan sahaja dengan berus gigi sebagaimana anda gosok gigi. Gosoklah ia dengan penuh kesabaran dan kegigihan sampailah anda berpuas hati. Kemudian basuh cincin perak tadi dengan air paip biasa dan keringkan. Hasilnya..cincin perak anda akan kembali putih berseri.


SEBELUM DAN SELEPAS DI CUCI...

SEBELUM DICUCI..
GOSOK! JANGAN TAK GOSOK..GOSOK! (LAYAN ALA-ALA LAGU SPIDER.)
HASILNYA...TAADA! HAA..KAN DAH KEMBALI PUTIH BERSERI..MACAM GIGI KORANG JUGA, KALAU TAK GOSOK BERKARAT LER..
Mudah dan jimat kan?
Semoga bermanfaat. 
Selamat mencuba :-)

p/s : Hati kita pun perlu juga dicuci, kerana jika tidak dicuci ia akan berkarat sebagaimana karat yg melekat pada besi. Sentiasalah melazimi zikir, istighfar dan selawat..mudah-mudahan hati akan dibersihkan daripada sifat-sifat yg tercela.

*Kelemahan cara ni lama kelamaan perak akan cepat kuning. kena basuh bersih2 ya.  nak lagi baik guna kain pengilat perak untuk cuci cincin.

CINCIN PERMATA AKIK YAMAN MERAH DARAH ASLI - CRAFTED IN YEMEN : SOLD OUT

Friday, 17 January 2014

BATU AKIK YAMAN MERAH DARAH ASLI : SOLD OUT


Akik Yaman Merah Berkualiti dari Bumi Bertuah Yaman.
Baru sahaja tiba..Alhamdulillah
Jenis ini antara paling sukar didapati selain Akik Yaman Hitam
Batu Jernih dan warna enak dipandang, terutama dilihat terus bawah pancaran cahaya matahari.
*SOLD OUT

PENGASAS AKAN BERMASTAUTIN DI SARAWAK BERMULA 22 JANUARI 2014

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Kali ini apa yang pengasas coretkan bukan berkenaan batu permata, tetapi ingin memberitahu sahabat-sahabat sekalian bahawa bermula 22hb Januari 2014, pengasas akan terbang dan bermastautin ke Sarawak atas urusan kerja. Untuk tempoh berapa lama tu terpulang kepada majikan pengasas yakni Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Mungkin ramai diantara kalian tidak mengetahui bahawa karier utama pengasas blog adalah sebagai seorang Guru(pendidik), dan perniagaan ini merupakan sampingan dek kerana minat mendalam dalam dunia perbatuan serta meniru Sunnah Rasulullah yakni menceburkan diri dalam perniagaan.

Sebelum ini pengasas bertugas sebagai guru sandaran selama 2 tahun di SMK Convent Klang, Selangor. Alhamdulillah baru-baru ini dengan izin Allah pengasas telah mendapat tawaran lantikan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41) dan akan ditugaskan mengajar di Sarawak.

Walau bagaimanapun, lokasi sekolah dan daerah di sana hanya akan diketahui semasa minggu suai kenal rakan-rakan guru dari semenanjung yang juga akan mengajar di sana pada 20-22 januari nanti.di Nouvelle Hotel, Kuala Lumpur(maklumat tak rasmi yg diberitahu setakat ini di daerah Kanowit).Sehubungan itu, dikesempatan ini juga pengasas mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat sekalian yang telah berurusniaga dan mempercayai blogpermatamurahsokmo selama ini. Tanpa kalian, tidak bermakna blog ini.

 Usah kalian khuatir, InshaAllah perniagaan ini akan diteruskan seperti biasa walaupun pengasas menetap di sana nanti. Jadi, kepada sahabat yang ingin membeli permata atau cincin yang sedia ada di dalam blog ini, hubungilah segera sebelum pengasas berangkat ke sana, InsyaAllah pengasas akan memberikan anda harga istimewa.

p/s: Lepas ni bolehlah belajar cakap Sarawak..kot-kot la jodoh pun ada kat sana mana tau kan..hehe, doa-doakan ya :-)

Thursday, 16 January 2014

TEMPAHAN SIAP...

Cincin Batu Akik Yaman Hitam Asli


Cincin Batu Petir Halilintar Asli


Cincin Batu Jade/Jadeite China Antik Asli

Terima kasih tuan-tuan, semoga dapat berurusan lagi.